awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palanivel ucap terima kasih atas sumbangan pendidik

Bernama
Bernama
16/05/2013
01:36 MYT
Palanivel ucap terima kasih atas sumbangan pendidik
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru atas pengorbanan dan sumbangan besar mereka dalam mendidik pelajar.
Beliau berkata peranan yang dimainkan golongan pendidik di sekolah dan maktab amat penting dan memberi kesan secara langsung terhadap kemajuan sesebuah masyarakat.
"Segala perkara yang kita pelajari daripada guru kita, akan kekal bersama kita sepanjang hayat. Mereka tidak pernah gagal dalam menunaikan tugas mereka. Tanpa sumbangan dan usaha guru, saya dan orang lain tidak mungkin sampai ke tempat kita berada pada hari ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam perutusan Selamat Menyambut Hari Gurunya, Palanivel berkata usaha gigih dan berterusan yang disumbangkan para guru dalam bidang pendidikan berjaya melahirkan warganegara yang maju dalam segenap bidang yang mereka ceburi.
Dalam perutusan serupa, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam pula berkata guru memerlukan dorongan serta sokongan daripada masyarakat untuk menikmati pengiktirafan terhadap sumbangan yang mereka curahkan.
"Kita perlu terus beri sokongan kepada guru dan memastikan keperluan generasi akan datang akan terus dapat dipenuhi golongan itu," katanya.
Dr Subramaniam juga menyeru para guru supaya memainkan peranan penting dalam pembangunan negara serta melahirkan generasi pintar.
Malaysia menyambut Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri G. Palanivel
#Hari Guru
#Presiden MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan