KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di pentas antarabangsa menerima penghargaan oleh negara berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penghargaan itu diterima Malaysia menerusi Menteri Luar Palestin, Riyad Al Malk ketika kunjungan beliau ke pejabat kedutaan Palestin di The Hague, Belanda.
“TYT Riyad menyampaikan penghargaan terhadap sokongan Malaysia yang berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Tambahnya, dalam pertemuan itu mereka berdua juga bertukar pandangan dan berbincang berkenaan usaha untuk terus memberikan penekanan kepada masyarakat antarabangsa mengenai usaha menamatkan kekejaman dan 'genocide' yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat di Palestin.
“Agenda mengenai penyelesaian isu Palestin melalui 'two state solution' dan penerimaan status negara Palestin yang berdaulat, juga kami bincangkan,” katanya lagi.
Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke The Hague, Belanda untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan awam berhubung permintaan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Beliau akan mengambil bahagian dalam prosedur Pendapat Penasihat berkenaan dengan akibat perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur di mahkamah, The Hague.
Perbicaraan itu diadakan dari 19 hingga 26 Februari dan Mohamad dijadual menyampaikan penghujahan lisan Malaysia pada 22 Februari pada 5.10 petang waktu tempatan (23 Februari pada 12.10 tengah malam waktu Malaysia).
Astro Awani
Wed Feb 21 2024
Mohamad (kiri) berjabat tangan dengan Riyad Al Malk ketika melakukan kunjungan ke atas Menteri Luar Palestin itu di The Hague, Belanda. - Gambar Facebook MOHAMAD HASAN
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Palestin hargai sokongan Malaysia
Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Luar Palestin, Riyad Al Malk kepada Mohamad.