Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, akan membayar pampasan RM10,000 kepada setiap orang awam yang menjadi mangsa kejadian runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan itu di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini Rabu malam.
Pengarah Urusan JKSB Datuk Dr Ismail Mohamad Taib berkata kejadian runtuhan itu di luar jangkaan syarikat kerana projek itu telah melalui tiga fasa dan tidak pernah mengalami sebarang masalah.
Katanya sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian dan jika jawatankuasa itu dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh kurang dari sebulan, ia tidak akan menjejaskan tempoh siap jambatan berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang semalam apabila dua bahagian konkrit, 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut, runtuh," katanya.
Setakat ini polis mengesahkan seorang wanita tempatan Thilasheni Rajendran, 24, cedera akibat terkena serpihan runtuhan pada bahagian tangan. Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira 2 meter dari tempat kejadian manakala rakannya Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Selain itu dua pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39, turut cedera dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Keadaan mereka dilaporkan tidak serius.
Kedua-dua pekerja asing itu dikatakan sedang bertugas di tapak binaan ketika kejadian.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lebih 300 anggota pasukan penyelamat dari bomba dan polis masih menjalankan kerja untuk mengesan mangsa di dalam sebuah lagi kenderaan yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu.
Katanya keadaan dan jumlah mangsa dalam kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan itu belum dapat disahkan.
Beliau berkata pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan perkhidmatan kren yang lebih berat apabila kren yang disediakan oleh syarikat pembinaan itu gagal mengangkat tanjakan konkrit yang runtuh itu.
Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan itu diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd.
Bernama
Fri Jun 07 2013
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Ahad depan
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Ahad depan.
Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa
Penutupan bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Jumaat ini.
Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September
Penutupan sementara itu melibatkan laluan dari arah Batu Maung ke Batu Kawan.
Polis bantuan maut dirempuh ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
Seorang anggota Polis Bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah awal pagi tadi.
Mayat lelaki berseluar renang ditemui terapung
Mayat kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Nibong Tebal dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk tindakan lanjut.
Lelaki tinggal kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum terjun laut
Mangsa dari Kuala Lumpur telah meninggalkan kereta bersama barangan peribadi di jambatan itu sekitar pukul 4.40 pagi.
PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini
Polis tidak menutup laluan sepenuhnya sebaliknya hanya melaksanakan SJR di enam lokasi di daerah Barat Daya.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 10 jam Ahad ini
Jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi pada hari tersebut.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.