awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan

Bernama
Bernama
19/02/2023
11:56 MYT
Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan
Setakat ini, ASF telah menjangkiti 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dan melibatkan 68,659 ekor babi. - Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Pampasan kepada penternak terjejas akibat penularan African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika akan dimuktamadkan pada peringkat Kementerian kewangan dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foon Hin.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan tersebut.
"Saya telah banyak kali berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan kepada penternak (terjejas akibat ASF) dan saya dimaklumkan sudah tersedia, cuma belum nampak secara hitam putih.
"Kenyataan rasmi (peringkat kementerian) akan dibuat...saya rasa dalam masa terdekat dan kami mohon penternak yang terlibat supaya bersabar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di ladang babi di Kampung Selamat dan Perkampungan Valdor, di sini, hari ini.
Turut serta dalam lawatan bagi meninjau situasi semasa ASF di Pulau Pianng itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan mereka turut mengadakan dialog bersama penternak yang terjejas.
Chan berkata setiap ladang babi yang sudah diuji dan memang positif perlu mematuhi dasar yang ditetapkan iaitu menjalankan proses pelupusan semua ternakan babi serta mengambil masa selama 80 hari baru ladang terlibat boleh beroperasi semula.
Katanya, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) perlu mematuhi dasar telah ditetapkan itu dan beliau juga berharap semua penternak juga patuhinya demi biosekuriti serta kebajikan pengguna.
Setakat ini, ASF telah menjangkiti 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dan melibatkan 68,659 ekor babi dengan sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan daripada 16 ladang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Demam Babi Afrika
#ASF
#pampasan
#penternah babi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan