KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pandemik yang sedang dihadapi, hendaklah menginsafkan para pemimpin yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakukan penetapan semula dalam urus tadbir negara.
Sehubungan itu, titah baginda, perkara yang perlu diutamakan dalam urus tadbir negara adalah berteraskan prinsip keadilan, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menyerahkan amanah kepada yang ahli dalam bidangnya.
Baginda bertitah, ahli falsafah Islam Ibnu Khaldun dalam mukadimah yang dihasilkannya 800 tahun lalu, mengaitkan bencana dengan perubahan sosial yang membentuk lima fasa.
"Fasa pertama, suatu kaum bersandarkan semangat asabiyah bergerak membentuk identiti politik, fasa kedua, bermulanya perluasan kuasa, pengaruh dan wilayah, fasa ketiga, kerajaan melalui zaman kemewahan dan kesenangan hasil pemerintahan sebelumnya, fasa keempat, fasa kelalaian dan berpuas hati dengan pencapaian serta fasa kelima fasa kejatuhan dan kehancuran sesebuah identiti politik dan kerajaan.
"Ibnu Khaldun memberikan peringatan bahawa lima fasa tersebut akan berulang; setiap tamadun dan setiap identiti politik akan menghadapinya dalam kitaran sejarah.
"Manusia, pada saat menghadapi bencana berat yang sedang melanda ini, wajib mendalami lubuk hati, menyelami daya fikir, agar dapat menginsafi tentang kemungkinan jatuhnya sesebuah identiti politik, kerajaan, negara dan tamadun, jika sesebuah negara tidak memiliki cukup persediaan dan kekuatan," titah Sultan Nazrin.
Titah baginda dibacakan oleh Pro-Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah ke-13 yang diadakan secara maya pada Sabtu.
Turut sama pada konvokesyen secara maya itu, Naib Canselor USAS, Profesor Tan Sri Dr Nordin Kardi.
Titah Sultan Nazrin, sehingga berjaya menemui penawar mujarab, manusia hendaklah menggunakan akal fikiran melakukan perubahan, penyesuaian dan penghijrahan daripada norma hidup sebelum ini dengan memiliki pandangan alam yang bijaksana.
"Pandemik dan penyakit walaupun bermula daripada tangan durjana manusia, tetapi keizinan terjadinya pandemik dan penyakit, ditentukan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
"Pada zaman silam, ulama mentafsirkan, apabila sesuatu bencana diturunkan, menandakan kemurkaan Ilahi terhadap perbuatan dosa dan kezaliman manusia.
"Oleh itu, di samping usaha begitu gigih yang diterokai untuk mencari formula mengatasi wabak, manusia wajib meneguhkan iman, menerima sesuatu bencana sebagai qadar yang telah ditentukan Ilahi, dan berusaha mencari rahsia yang terkandung di sebalik bencana yang diturunkan," titah baginda.
Sementara itu, Sultan Nazrin yang juga Canselor USAS bertitah, konvokesyen yang sepatutnya berlangsung pada akhir tahun lalu terpaksa ditangguhkan dengan harapan wabak dapat dikawal dan angka jangkitan menurun.
"Sebaliknya, virus COVID-19 terus menyerang ganas dan semakin ganas, mengakibatkan angka jangkitan dan kematian terus meningkat.
"Membaca keadaan yang berlaku, Beta telah memperkenankan sembah cadangan pengurusan universiti agar istiadat konvokesyen tidak ditangguhkan lagi, sebaliknya dilaksanakan secara maya.
"Beta menzahirkan ucapan setinggi tahniah kepada para graduan serta penghargaan kepada semua pihak yang berada di sebalik kejayaan para graduan," titah Sultan Nazrin.
Pada Istiadat itu, seramai 1,292 graduan dianugerahkan ijazah dan diploma dalam bidang pengajian masing-masing, selain dua orang penerima ijazah Doktor Falsafah, 59 orang ijazah Sarjana, 288 orang ijazah Sarjana Muda, dan 923 orang diploma.
Aida Aziz
Sat Aug 21 2021
Titah baginda dibacakan oleh Pro-Canselor USAS pada istiadat konvokesyen yang diadakan secara maya pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 2.30 petang.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima laporan mengenai kehilangan Thiriyashini Murali Krishna yang beralamat di No 29 Jalan Jaya 2/8, Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar, Johor.
LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
236,000 pek makanan MRE dapat kelulusan Arab Saudi
Kelulusan oleh Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan Arab Saudi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan rakan strategik, Mashariq menguruskan sajian makanan sedia dimakan (MRE) kepada jemaah haji Malaysia semasa Masyair nanti.
Pelantikan Pengerusi SPR penting untuk reformasi hala tuju
Yan Ke berkata berpandangan reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan setakat ini juga berada pada tahap tidak memuaskan dan prestasi berkenaan boleh dipertingkatkan.
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.