awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu lawan arus: Wanita bebas jaminan polis, tunggu laporan psikiatri

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2024
05:48 MYT
Pandu lawan arus: Wanita bebas jaminan polis, tunggu laporan psikiatri
Wanita berusia 55 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir pada Rabu.
KUALA PILAH: Seorang wanita yang ditahan selepas memandu secara berbahaya dengan melawan arus dan melanggar kenderaan polis di sini pada Ahad lalu,dilepaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, wanita berusia 55 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir pada Rabu.
"Ketika ini pihak polis sedang menunggu laporan perubatan psikiatri suspek untuk tindakan lanjut dan kes ini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita bukan saja memandu secara berbahaya dengan melawan arus di Jalan Yam Tuan Raden di sini, malah turut melanggar kenderaan polis ketika cuba melarikan diri pada Ahad.
Bagaimanapun kenderaan Toyota Vios dipandu wanita itu akhirnya ditahan di persimpangan Jalan Bahau-Kuala Pilah berhadapan Stesen Minyak Petron Bahau di Jempol. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lawan arus
#memandu secara berbahaya
#langgar kenderaan polis
#laporan perubatan psikiatri suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan