awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panggil Speaker Dewan Rakyat 'berat sebelah', MP Baling digantung dua hari

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/10/2019
05:08 MYT
Panggil Speaker Dewan Rakyat 'berat sebelah', MP Baling digantung dua hari
Ahli Parlimen Baling itu hanya dibenarkan kembali ke dewan pada Selasa hadapan memandangkan Isnin adalah cuti umum untuk sambutan Deepavali. - Gambar fail
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim digantung dua hari dari perbahasan Dewan Rakyat bermula hari ini, atas tindakan beliau memanggil Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai ‘berat sebelah’.
Kekecohan bermula apabila Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) bangun membentangkan Peraturan Mesyuarat 18(1), untuk membahaskan mengenai pengharaman komik propaganda (Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama) di Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff bagaimanapun menentukan tiada keperluan mendesak untuk membahaskan perkara itu memandangkan ia sedang dalam siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan komik itu telah pun diharamkan pengedarannya oleh Kementerian Pendidikan.
Sewaktu Mahdzir sekali lagi bangkit mendesak perkara itu dibahaskan, RSN Rayer (PH-Jelutong) telah menyuruh bekas Menteri Pendidikan itu untuk patuh pada keputusan Speaker, sekaligus menyebabkan Abdul Azeez menjerit ‘shut up’ kepada Rayer.
“Tak payah buat kerja Speaker. Biar Speaker yang tentukan. Tutup mulut dan duduk,” kata Abdul Azeez, menyebabkan Mohamad Ariff mengarahkan beliau menarik balik perkataan itu kerana tidak menggambarkan tingkah laku Ahli Parlimen yang baik (unparliamentarian behaviour).
Kekecohan dan jeritan antara dua pihak berterusan, sebelum Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) bangkit mendakwa Rayer memanggilnya sebagai ‘bodoh’, dan tiada apa-apa tindakan dari Speaker.
Bagaimanapun Rayer bergegas menarik balik perkataannya, namun ia masih tidak memuaskan hati pihak pembangkang.
Mohamad Ariff yang mula hilang sabar, berpaling kepada arah Abdul Azeez sambil berkata - ”Saya sudah arahkan Jelutong tarik balik, tetapi saya dengar Yang Berhormat Baling sebut ‘berat sebelah’. Tarik balik atau saya akan keluarkan kamu dari Dewan”.
Jeritan terus berlarutan dan akhirnya Mohamad Ariff mengarahkan Bentara membawa Abdul Azeez keluar.
Ahli Parlimen Baling itu hanya dibenarkan kembali ke dewan pada Selasa hadapan memandangkan Isnin adalah cuti umum untuk sambutan Deepavali.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Dewan Rakyat
#digantung
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#nisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama
#Parlimen
#pembangkang
#pendidikan
#RSN Rayer
#Shahidan Kassim
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan