BAGAN SERAI: Sekumpulan enam anak muda yang bersimpati dengan tragedi tenggelamnya KRI Nanggala 402 di perairan Bali, Indonesia telah mereka replika kapal selam itu sebagai panjut di Kampung Bukit Merah, Semanggol.
Jurucakap kumpulan tersebut Azizul Hafiz Mohd Nordin, 34, berkata panjut berbentuk rangka kapal sepanjang hampir lapan meter dan tinggi tiga meter direka sebagai penghormatan kepada 53 kru Nanggala 402 yang terkorban dan tanda sokongan kepada rakyat Indonesia.
Beliau berkata ilham membina panjut itu tercetus setelah melihat insiden kapal selam berkenaan yang memberi impak emosi cukup mendalam kepada rakyat di kebanyakan negara termasuklah Malaysia yang turut bekerjasama dalam misi mencari dan menyelamat.
"Pada peringkat awalnya, saya bersama lima rakan sebaya hendak membuat panjut bentuk kapal yang biasa-biasa sahaja, tetapi ada yang mencadangkan supaya membuat bentuk kapal selam KRI Nanggala 402 sebagai tanda simpati terhadap nahas yang berlaku.
"Setelah mencapai kata sepakat kami mencari bahan-bahan yang sesuai dan akan menyiapkan panjut berkenaan dalam tempoh empat hari. Lebih 120 pelita panjut telah digunakan dan kini kami berada di fasa akhir bagi menyiapkan keseluruhan kapal selam ini," katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Menurut Azizul Hafiz, rangka kapal selam itu menggunakan besi serta buluh dan ditebuk untuk dijadikan tempat sumbu pelita selain bahan terbuang seperti tin minuman aluminium membentuk sumbu pelita sebelum dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk pada buluh.
Azizul Hafiz berkata kali terakhir pesta panjut diadakan di kawasan itu adalah pada 2017 dan Kampung Bukit Merah berjaya meraih tempat ketiga menerusi pelita panjut berbentuk rumah kampung.
Reka bentuk api pelita panjut berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 adalah persiapan komuniti Kampung Bukit Merah untuk mengambil bahagian dalam Pesta Panjut Ramadan anjuran UMNO Bahagian Bagan Serai.
Pelita panjut itu dibangunkan di perkarangan pusat komuniti CTC Bukit Merah bersama tiga lagi reka bentuk pelita panjut yang lain seperti panjut berbentuk rumah kampung, pintu gerbang dan kereta api elektrik (ETS).
Pada 25 April lepas, Indonesia mengumumkan KRI Nanggala-402 tenggelam dan semua 53 kru terkorban selepas kapal selam itu dilaporkan hilang pada 21 April
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Panjut berbentuk rangka kapal selam sepanjang hampir lapan meter dan tinggi tiga meter direka sekumpulan enam anak muda, yang bersimpati dengan tragedi tenggelamnya KRI Nanggala 402 di perairan Bali, Indonesia. --fotoBERNAMA
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
KRI Nanggala: Indonesia tamatkan usaha kumpul serpihan
Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono mengesahkan pencarian itu sudah berakhir.
10 beradik nyalakan panjut dedikasi buat kapal selam KRI Nanggala 402
10 beradik berpakat membina panjut atau pelita buluh berbentuk rangka kapal selam KRI Nanggala 402 di halaman kediaman ibu bapa mereka di Kampung Padang Air dekat Tepoh.
MV Mega Bakti selamat kembali daripada operasi SAR KRI Nanggala 402
Kapal MV Mega Bakti selamat kembali di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar di sini hari ini selepas menyertai operasi SAR KRI Nanggala 402.
Panjut bentuk kapal selam KRI Nanggala tanda simpati
Panjut itu direka sebagai penghormatan kepada 53 kru Nanggala 402 yang terkorban dan tanda sokongan kepada rakyat Indonesia.
Garis Masa: Apa yang berlaku sepanjang April 2021?
SEPANJANG 30 hari bulan ini, pelbagai perkara suka dan duka telah berlaku di dalam serta luar negara.
KRI Nanggala 402: MUI gesa adakan solat ghaib untuk mangsa nahas kapal selam
Solat sunat itu bertujuan bagi memohon dan mendoakan keampunan daripada Allah SWT untuk semua mangsa yang terkorban.
Kapal selam Nanggala 402: Video viral kru nyanyi 'Sampai Jumpa' buat netizen sebak
Video berkenaan dikongsikan sendiri oleh penyanyi asal, Erix Soekamti.
Tenggelamnya Nanggala 402: Muhyiddin, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah
Muhyiddin yang turut mewakili seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan menyayat hati tersebut.
KRI Nanggala 402 tidak meletup, tetapi tenggelam - Tentera Laut Indonesia
Keyakinan itu dinyatakan Panglima Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono susulan penemuan serpihan yang dipercayai dari kapal selam terbabit.
KRI Nanggala 402: Jokowi doa operasi SAR lancar
Kata Jokowi, beliau faham perasaan ahli keluarga kru kapal selam berkenaan dan berjanji akan melakukan apa yang terdaya.