KUALA LUMPUR: Sebanyak enam buah sungai melepasi tahap bahaya di Kedah, setakat jam 4 pagi, hari ini.
Berdasarkan laman Public Infobanjir, keenam-enam sungai itu turut mencatatkan trend peningkatan paras air.
Aras air sungai di Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu mencatatkan 4.5 meter dan melebihi tahap bahaya manakala Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling pula meningkat kepada 38.31 meter melebihi tahap bahaya.
Ini termasuk di Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar yang menunjukkan bacaan 3.29 meter melebihi tahap bahaya serta Sungai Laka di Kg. Padang Pasir, Kubang Pasu yang menunjukkan bacaan 22.03 meter melebihi tahap bahaya.
Selain itu, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar menunjukkan bacaan 1.88 meter melebihi tahap bahaya dan Sungai Pendang di Pekan Pendang turut melebihi tahap bahaya dengan aras air menunjukkan bacaan 2.89 meter.
Dalam pada itu, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap menunjukkan bacaan 27.64 meter melebihi tahap amaran dengan aras air sedang menaik.
Dalam perkembangan sama, Sungai Sibu Laut, di Kuching turut mencatatkan aras air 3.22 meter melebihi paras bahaya namun sedang dalam trend menurun.
Afiezy Azaman
Wed Sep 27 2023
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Kota Setar menjalankan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir dari Kampung Bukit, Mukim Derang ke Pusat Pemindahan Banjir di Pokok Sena, 27 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
[TERKINI] Suspek bukan anggota JI - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Tidak wajar gelar Islam sebagai agama keganasan
Tidak wajar bagi segelintir pihak melabel Islam kononnya sebagai agama keganasan.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
MoU,MoA UUM dengan BFA tingkat kualiti pendidikan tinggi - Dr Mohd Foad
Lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan membuka peluang kepada kerjasama pendidikan tinggi apabila UUM menandatangani MoU dan MoA dengan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Paras air sungai di 4 negeri cecah paras amaran, bahaya
Ia melibatkan sungai di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
77,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari Sungai Klang dari tahun 2019
Pelbagai pelan perancangan telah diatur oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkan Sungai Klang.
Pemandu Axia sanggup lawan arus di lebuhraya PLUS, untuk balik kampung sambut Deepavali
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.
Kematian kes lemas empat kali ganda lebih tinggi dari kebakaran - Bomba
Tahun lalu sahaja, 300 kes lemas direkodkan melibatkan 232 kematian, berbanding 121 kematian melibatkan mangsa kebakaran bagi tempoh yang sama.
Remaja 13 tahun ditemui lemas di Sungai Felda Selancar 3
Jasad mangsa yang berusia 13 tahun ditemui hampir dua kilometer daripada lokasi terakhir beliau dilihat.
Pelajar tingkatan satu ditemui lemas
Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai ditemui lemas di Kampung Gajah Mati, di sini petang tadi.
JAS lengkapkan kertas siasatan insiden pembuangan minyak enjin ke dalam sungai
Kertas siasatan itu akan disiapkan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan.