SIK: Paras air Tasik Gubir di Empangan Muda dekat sini, menyusut dengan drastik sehingga menampakkan batuan dan menyebabkan jarak tebing dengan air lebih jauh.
Tinjauan Bernama di kawasan tasik itu hari ini, mendapati bot-bot milik nelayan darat terpaksa diikat jauh dari tempat asal yang kini sudah menjadi daratan.
Seorang nelayan darat, Mohd Yusof Syafaie, 67, berkata penyusutan paras air di tasik berkenaan disifatkan sebagai normal khususnya ketika musim kemarau dan akibat pelepasan air dari empangan itu.
"Memang biasanya air susut bila kemarau dan pelepasan air oleh MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) untuk pertanian, sebab empangan ini bertujuan sebagai takungan air.
"Tapi tahun ini agak drastik sikit dan susut sehingga menyebabkan tasik menjadi cetek dan tebing semakin jauh dari jeti nelayan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun, dia berkata penyusutan paras air di tasik itu telah membantu nelayan mendapatkan hasil tangkapan lebih kerana ikan mudah ditangkap apabila air cetek berbanding paras air tinggi yang memaksa nelayan kerap mengubah pukat mereka bagi mendapatkan hasil banyak.
"Sekarang ini hanya beberapa jam sudah cukup untuk dapat hasil yang banyak, tak perlu tunggu lama sampai petang," katanya yang sudah 30 tahun menjadi nelayan di tasik itu.
Bagi Mohd Azni Tajudin, 41, walaupun keadaan air cetek memudahkan aktiviti menangkap ikan namun ia mengehadkan kawasan yang boleh dilalui bot nelayan.
Semalam, MADA dalam kenyataan memaklumkan paras air di Empangan Muda, yang merupakan antara empangan penting di Kedah bagi tujuan pertanian dan kegunaan domestik, berada pada paras 9.96 peratus.
Dua lagi empangan turut dikendalikan MADA iaitu Empangan Pedu dan Empangan Ahning pula masing-masing mencatatkan takungan air sebanyak 43.1 dan 83.07 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Paras air Tasik Gubir menyusut dengan drastik, menampakkan batuan dan menyebabkan jarak tebing dengan air semakin jauh, seperti yang kelihatan dalam tinjauan di Empangan Muda hari ini. - Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Pembenihan awan belum berjaya tingkat paras air Empangan Muda, Bukit Merah
Operasi Pembenihan Awan yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak.
Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok - Ahmad Zahid
Kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah di paras bahaya - NADMA
Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak menunjukkan penyusutan baki simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya iaitu masing-masing 18.37 peratus dan 19.97 peratus.
Empangan Muda tidak lagi mampu sokong paras air Sungai Muda
Bagi mengekalkan paras air Sungai Muda, Empangan Beris melepaskan sejumlah 864 juta liter air sehari.
Air tiga empangan utama di Kedah pada paras selamat
Paras air di tiga empangan utama di Kedah yang diselia Lembaga Kemajuan Wilayah Muda (MADA) masih mencukupi dan berada pada paras selamat.