awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Empangan Timah Tasoh terus merosot

Bernama
Bernama
01/05/2016
11:12 MYT
Paras air Empangan Timah Tasoh terus merosot
Foto bertarikh 20 Mac 2016 ini menunjukkan keadaan tanah di tebing tasik Timah Tasoh yang merekah akibat cuaca panas. - Foto Bernama
Paras air di Empangan Timah Tasoh terus menyusut 0.04 meter kepada 26.10 meter hari ini walaupun hujan lebat turun sejak tiga hari lepas di negeri ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Abdul Najib Abdullah berkata ini kerana taburan hujan yang diterima bukan di kawasan dalam empangan tetapi di sekitar luar empangan.
Abdul Najib berkata bacaan di empangan itu semalam ialah di paras 26.14 meter.
"Sehubungan itu, penduduk di kawasan utara Perlis perlu menjimatkan penggunaan air bagi memanjangkan hayat bekalan air di kawasan yang terjejas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebanyak 13,000 pemilik akaun domestik terlibat dengan catuan bekalan air dan pengagihan bekalan air terawat di utara Perlis meliputi kawasan di Wang Kelian, Kaki Bukit, Titi Tinggi, Beseri dan Abi sejak 16 April lepas.
Sementara itu, pengarah Jabatan Meteorologi (MET) Perlis Muhammad Khalil Ab Aziz ketika dihubungi berkata suhu semasa di negeri ini setakat 2 petang tadi mencatatkan 33.5 darjah celsius.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#El Nino
#empangan timah tasoh
#paras air susut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan