awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Sungai Golok meningkat, 6 keluarga dipindahkan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
05/02/2023
09:31 MYT
Paras air Sungai Golok meningkat, 6 keluarga dipindahkan
Enam keluarga membabitkan 28 orang penduduk dari Rantau Panjang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh, pagi tadi. - Foto ihsan APM
PASIR MAS: Enam keluarga membabitkan 28 orang penduduk dari Rantau Panjang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh, pagi tadi.
Menurut laporan Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, penduduk berkenaan terpaksa berlindung di PPS selepas kawasan rumah mereka digenangi air sedalam satu hingga dua meter.
Walaupun cuaca baik dan cerah, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi bacaan paras amaran iaitu 8.87 meter.
Mangsa banjir yang dipindahkan itu merupakan penduduk dari kampung Gual Tok Deh, Padang Licin dan Tersang.
Pada November dan Disember tahun lepas mereka sudah berlindung di PPS selepas banjir berlaku di kawasan Rantau Panjang.
Penduduk mendakwa kampung mereka sering kali dilimpahi air Sungai Golok dan air termenung kerana projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB), dan projek tebatan banjir yang masih dalam pembinaan.
Topic Berkaitan
#paras air sungai
#Sungai Golok
#Rantau Panjang
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan