awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parkir berbayar lima lokasi di Kuala Selangor mulai Mac

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2022
08:46 MYT
Parkir berbayar lima lokasi di Kuala Selangor mulai Mac
pelaksanaan TLK berbayar membabitkan kawasan Pasir Penambang, Eco Grandeur, Ijok dan Kuala Selangor serta Sungai Buloh Sasaran. - Gambar FB MPKS
MAJLIS Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melaksanakan sistem tempat letak kenderaan (TLK) berbayar di lima lokasi baharu bermula pada 1 Mac depan.
MPKS dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan TLK berbayar membabitkan kawasan Pasir Penambang, Eco Grandeur, Ijok dan Kuala Selangor serta Sungai Buloh Sasaran.
"Pelaksanaan sistem TLK bertujuan mengawal aktiviti salah guna tapak parkir dan memastikan perancangan bandar lebih tersusun serta teratur.
"Kadar bayaran yang dikenakan adalah 50 sen sejam dan waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat), kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum," kata MPKS di laman Facebook rasmi pada Selasa.
Kenyataan itu turut memaklumkan, bayaran boleh dibuat melalui sistem dalam talian Smart Selangor Parking atau Flexi Parking manakala pas bulanan diperoleh melalui ejen dilantik.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-3289 7385 (sambungan 30).
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Majlis Perbandaran Kuala Selangor
#sistem tempat letak kenderaan TLK
#sistem TLK
#Eco Grandeur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan