Twitter hari ini hangat dengan spekulasi pembubaran Parlimen dalam penantian untuk Pilihan Raya Umum yang ke 13 yang kian hampir.

Spekulasi ini bermula selepas laman web akhbar Berita Harian mempamerkan melalui akaun Twitternya
gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Istana Negara setelah menghadap Yang Di Pertuan Agong.
Tuit yang diletakkan dalam pukul 12 tengahari tadi, telah menerima lebih 250 retuit dan meraih pelbagai reaksi daripada pengguna twitter termasuk ahli politik.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sekiranya Jabatan Perdana Menteri (PMO) mengadakan sidang media pada hari ini, maka berita pembubaran itu sah.

Walaubagaimanapun, beliau juga berkata perkara ini mungkin spekulasi semata-mata kerana Najib memang menghadap Yang Di Pertuan Agong setiap hari Rabu.



Sementara itu, pengguna twitter tidak berhenti-henti bercakap tentang spekulasi pembubaran itu.








Tempoh akan bubar secara automatik pada April 28 dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.