awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Belia cadang jawatankuasa khas tangani jurang ketidaksamaan

Marlina Manaf
Marlina Manaf
11/01/2015
07:18 MYT
Parlimen Belia cadang jawatankuasa khas tangani jurang ketidaksamaan
Parlimen Belia cadang jawatankuasa khas tangani jurang ketidaksamaan
Kerajaan dicadang supaya menubuhkan satu jawatankuasa peringkat Parlimen atau agensi khas di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memulihkan jurang ketidaksamaan di kalangan masyarakat.
Ahli Parlimen Belia Selangor 01, Idzham Mohd Hashim menegaskan, langkah konkrit perlu dilaksanakan segera memandangkan senario jurang ketidaksamaan kini berada di tahap membimbangkan.
Tegas Idzham, fenomena global menyaksikan jurang ketidaksamaan dalam masyarakat kian menebal.
Ia juga disifatkan merencatkan usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
"Pengagihan kekayaan yang tidak menyeluruh, akan menimbulkan ketidakstabilan politik,
"Rakyat menjadi benci kepada pentadbiran kerana gagal menangani jurang ketidaksamaan ini, " jelas beliau.
Memetik kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah, Idzham menegaskan berdasarkan statistik terkini, negara berada dalam kalangan 10 negara yang mempunyai jurang ketidaksamaan paling tinggi.
Di peringkat serantau pula, Malaysia menduduki tangga pertama.
Jawatankuasa atau agensi khas menurut Idzham memainkan peranan mengenal pasti punca jurang ketidaksamaan yang ketara dan mengambil langkah susulan.
Ini termasuk pelaksanaan polisi yang berkaitan seperti sistem percukaian lebih efisien.
Cadangan dikemukakan Idzham ketika membentangkan usul agar kerajaan menjalankan kajian intensif bagi kurangkan jurang pendapatan.
Usul dibahaskan tujuh wakil parlimen belia diluluskan dengan sebulat suara.
Topic Berkaitan
#Parlimen Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan