awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Belia perlu diperluas, platform lahir pemimpin negara - Speaker

Bernama
Bernama
10/06/2025
20:30 MYT
Parlimen Belia perlu diperluas, platform lahir pemimpin negara - Speaker
Parlimen Belia Malaysia perlu diperluaskan sebagai platform melahirkan barisan kepimpinan negara pada masa depan, kata Johari. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Parlimen Belia Malaysia perlu diperluaskan sebagai platform melahirkan barisan kepimpinan negara pada masa depan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Beliau berkata, ketika ini Parlimen Belia lebih menumpukan kepada memberi pendedahan untuk generasi muda dalam membincangkan dasar belia dan negara.
"Sekarang ini objektif Parlimen Belia apabila ditubuhkan untuk melahirkan pemimpin belia. Saya mengharapkan suatu hari nanti, Insya-Allah, mereka juga akan menjadi Ahli Parlimen sebenar dan seterusnya memimpin negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Kepimpinan di Astaka Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Kampus Gambang, di sini, pada Selasa.
Johari berkata, Parlimen Belia juga harus didedahkan dengan pelbagai sistem demokrasi di peringkat antarabangsa bagi mencari sistem alternatif yang lebih ideal untuk diguna pakai di Malaysia.
"Sistem yang kita ada sekarang ialah first past the post dan berasaskan kawasan. Mungkin juga pada masa depan, mereka (belia) sendiri akan membuat penilaian dan memilih untuk mempromosikan sistem berbeza," katanya.
Selain Parlimen Belia, Johari berkata, pihaknya juga telah menyediakan program Sekolah Parlimen dengan usaha sama sekolah menengah luar bandar dalam melahirkan generasi pemimpin masa depan yang lebih peka tentang badan legislatif itu.
"Kita anjurkan program ini untuk membuka minda mereka. Apabila mereka ini datang ke Parlimen...kita nak tanamkan keyakinan, kalau mereka belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi pemimpin, peluang naik memang ada," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Belia
#platform lahir pemimpin
#generasi muda
#Johari Abdul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan