awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan

Bernama
Bernama
22/04/2025
20:45 MYT
Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Johari Abdul berkata sesi libat urus itu juga bakal membincangkan mengenai proses pemilihan bagi perwakilan. - Foto BERNAMA
KUCHING: Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata sesi libat urus itu juga bakal membincangkan mengenai proses pemilihan bagi perwakilan.
"Buat masa ini, format baharu Parlimen Belia belum muktamad, kami sedang mengusahakannya. Kita juga akan pergi ke universiti-universiti untuk meminta pandangan mereka, misalnya sama ada sebuah universiti akan tubuh satu parti politik atau mereka boleh gabung beberapa universiti untuk tubuhkan satu parti.
"Bagaimana format (Parlimen Belia) ini akan berlaku nanti kita akan memuktamadkan perkara ini pada bulan September atau Oktober depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi syarahan 'Dari Sarawak ke ASEAN: Mengangkat Aspirasi Belia dalam Arena Serantau' di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pada Selasa.
Sementara itu, Johari berkata pemilihan bagi perwakilan Parlimen Belia dijangka diadakan pada bulan November, manakala persidangan pertama Parlimen Belia pula pada Januari atau Februari 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen Belia
#universiti awam
#parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan