KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa akan memulakan prosiding berhubung isu Tuntutan Kumpulan Sulu ke atas Aset-aset Negara pada 11 Ogos, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 83(4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Pengerusinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) berkata, prosiding berhubung isu itu wajar dimulakan selepas beberapa usul yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) ditolak untuk dibahas dalam Dewan Rakyat.
"Maka jawatankuasa ini telah berbincang dan berpandangan bahawa tuntutan itu (kumpulan Sulu) adalah isu yang sangat serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik berpotensi menjejaskan kepentingan negara.
"Sehubungan itu jawatankuasa ini mengambil keputusan, selaras peranannya seperti ditetapkan oleh Dewan Rakyat untuk menjalankan peranan semak dan imbang terhadap tindakan kerajaan serta memartabatkan institusi demokrasi berparlimen," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai permulaan, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipanggil bagi menghadiri prosiding itu.
Jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat), Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu), Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru), Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) dan Awang Husaini Sahari (PH-Putatan). - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, prosiding isu itu wajar dimulakan selepas beberapa usul yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen ditolak untuk dibahas dalam Dewan Rakyat. - Gambar fail
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra
Wisma Putra sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan tentang penularan video itu.
Tuntutan Sulu, isu ‘dark side’ dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan persidangan Dewan Rakyat.
Tuntutan Sulu: Malaysia mahu Stampa dipenjara - Azalina
Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah.
Kerajaan cadang bentang RUU Imuniti Negara pada sidang Parlimen Oktober - Azalina
Ia antara lain mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, dan perkhidmatan berkesan kepada negara asing.
Tuntutan Sulu: Siri kemenangan Malaysia bukti kejayaan pertahan kedaulatan negara - Fahmi
Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini.
Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.
Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri bawah bayu itu.
Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di Mahkamah Rayuan Paris
Keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.
Kerajaan guna semua cara hentikan tuntutan Sultan Sulu - Azalina
Kerajaan akan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu ke atas negara ini.