awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/08/2021
11:27 MYT
Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham
Noor Hisham Abdullah berkata, pengesahan itu hasil keputusan jujukan genom penuh yang dijalankan ke atas sampel tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lima sampel kes positif COVID-19 hasil ujian saringan di Parlimen baru-baru ini disahkan adalah daripada varian Delta.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di laman Twitter berkata, pengesahan itu hasil keputusan jujukan genom penuh yang dijalankan ke atas sampel tersebut.
"Penjujukan genom penuh mengesahkan lima kes yang disyaki sebagai varian Delta sebelum ini hasil ujian RT PCR dengan nilai CT (Cycle Threshold) yang amat rendah, sekali gus menunjukkan kadar kandungan virus yang sangat tinggi.
"Varian Delta mempunyai kandungan virus 1,200 kali lebih tinggi berbanding bukan varian membimbangkan (VOC)," katanya dalam entri tersebut, hari ini.
The full genomic sequencing confirmed 5 cases to date of our suspicion of delta variant from the initial RT PCR testing with very low CT value indicating very high virus load. Delta variant has 1200x higher virus load than non VOC. a https://t.co/Twu7PbYfhl
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 10, 2021
BACA: 85 kes COVID-19 babit Parlimen, 6 kemungkinan besar varian Delta - Dr Noor Hisham
Sebelum ini, Dr Noor Hisham memaklumkan enam sampel kes positif COVID-19 daripada saringan di Parlimen berkemungkinan besar adalah varian Delta.
Katanya, varian itu dikesan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.
Setakat ini, sebanyak 85 kes positif COVID-19 yang disahkan dengan ujian RT-PCR telah dilaporkan membabitkan Parlimen.
BACA: Parlimen: Pegawai tugas khas timbalan menteri MOTAC meninggal dunia akibat COVID-19 - Sumber
Astro AWANI hari ini turut melaporkan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Jaimin Samitah dilaporkan meninggal dunia pada Isnin dipercayai akibat COVID-19.
DIfahamkan, Jaimin yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ranau, Sabah hadir ke Kompleks Parlimen sepanjang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 26 hingga 29 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Astro Awani
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#kadar kebolehjangkitan
#Varian Delta
#Kes positif Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan