Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan beliau bertanggungjawab terhadap segala janji yang dibuat kerajaan berhubung Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum ini, selepas rundingan 12 negara terlibat itu selesai.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan menegaskan seperti mana Kongres Amerika Syarikat yang mempunyai tempoh 90 hari untuk membahas perjanjian itu, Dewan Rakyat juga perlu diberi tempoh masa yang mencukupi untuk meneliti perjanjian yang bakal memberi pelbagai kesan kepada Malaysia.
Nurul Izzah menambah, masyarakat sivil juga perlu diberi akses untuk meneliti dokumen akhir TPPA.
Ini kerana rakyat perlu dilindungi daripada kebimbangan berhubung kos perubatan, perlindungan ke atas harta intelek, serta status syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, Petronas dan Tenaga Nasional Berhad.
Jelas Nurul Izzah, usaha untuk memastikan TPPA dirunding demi kepentingan utama Rakyat, tidak akan berakhir sehingga ia dimeterai.
Beliau turut mengulangi desakan supaya kerajaan bersikap lebih telus dan mengotakan janji mereka untuk mendedahkan kandungan rundingan kepada umum.
Pada Isnin, Malaysia dan 11 negara lain mencapai persetujuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan menghapuskan sekatan dan memudahcarakan prosedur perdagangan di semua negara anggota.
Menurut laporan Reuters, perkara itu dipersetujui semua Menteri-Menteri Perdagangan negara Pasifik yang menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri TPPA di Atlanta, Amerika Syarikat, bermula Rabu lalu.
Selain dari Malaysia, negara anggota yang telibat dalam rundingan TPPA ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
TPPA yang merangkumi perdagangan bebas melibatkan 40 peratus ekonomi dunia itu hanya akan berkuatkuasa selepas Parlimen kesemua negara yang terbabit dalam rundingan itu meluluskannya.
Antara perkara yang dirundingkan di Atlanta adalah berkenaan industri automotif Jepun, tempoh minimum paten pengeluar ubatan dan sekatan pertanian.
TPPA dirunding selama lima tahun oleh Amerika Syarikat dan Jepun dengan sasaran untuk menghapuskan sekatan perdagangan dengan 10 negara lain yang terlibat.
Teks perincian penuh sepanjang 30 bab dilaporkan hanya akan diterbitkan dalam masa 30 hari.
Astro Awani
Tue Oct 06 2015
NURUL IZZAH: Masyarakat sivil juga perlu diberi akses untuk meneliti dokumen akhir TPPA.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.
KSP RMK12: 151 Ahli Parlimen bahas, sesi penggulungan minggu depan
Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan u
148 Ahli Parlimen selesai bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 148 Ahli Parlimen selesai mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula 14 Feb lepas.
Speaker ingatkan Ahli Parlimen pakai pelitup muka semasa berbahas
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Sebab daruratlah tidak boleh lama-lama' - Timbalan Speaker
Dulu baik ketika zaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), mereka boleh bersidang lama bahkan sehingga jam 3 pagi.
Ahli Parlimen boleh mencelah, tanya soalan pada sidang khas Parlimen - Saifuddin
Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai.
Suhakam zahir kekecewaan terhadap Parlimen
Laporan Tahunan ini mengandungi syor-syor berkaitan hak komuniti rentan termasuk Orang Asli, wanita dan kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka serta pekerja.
Belanjawan 2021 lulus, papar kematangan politik Malaysia
Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam.
Belanjawan 2021: PN dapat manfaat sekiranya Ku Li tidak sertai undian
Hamidin berkata tanpa kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang itu, kerajaan PN tidak perlu bimbang akan satu undi yang tidak menyokong mereka.
Ku Li umum tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021
Ku Li menjelaskan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada perdana menteri sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting perlembagaan.