awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Potongan cukai bagi individu sumbang kepada Program Penghijauan Malaysia

Bernama
Bernama
24/11/2021
04:35 MYT
Parlimen: Potongan cukai bagi individu sumbang kepada Program Penghijauan Malaysia
Beliau berkata potongan cukai itu ditawarkan di bawah Seksyen 44 (11 C), Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan potongan sebanyak tujuh peratus bagi individu dan 10 peratus daripada jumlah pendapatan agregat tahunan bagi syarikat.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak yang menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Hijau Malaysia bagi Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok berpeluang mendapat potongan cukai, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata potongan cukai itu ditawarkan di bawah Seksyen 44 (11 C), Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan potongan sebanyak tujuh peratus bagi individu dan 10 peratus daripada jumlah pendapatan agregat tahunan bagi syarikat.
"Yayasan Hijau Malaysia memainkan peranan penting dan memberi galakan kepada orang awam dengan pelepasan cukai ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai agensi paling aktif dalam program tersebut.
Takiyuddin berkata selain Yayasan Hijau Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga terlibat secara aktif dalam Program Penghijauan Malaysia itu.
Sementara itu, beliau memaklumkan sehingga kini, sebanyak 23,746,874 pokok ditanam di seluruh negara melalui program itu dan jumlah spesies bernilai dalam kategori Critically Endagered, Endangered, Vulnerable dan Near Threatened adalah sebanyak 6,451,142 merangkumi 322 spesies.
Beliau juga berkata sebanyak 4,139 orang menggunakan aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia' sehingga 22 Nov lepas.
Menurutnya, selain aplikasi itu, laman web khas juga boleh dicapai melalui pautan www.100jutapokok.gov.my oleh semua agensi kerajaan, swasta dan orang awam bagi merekodkan data penanaman pokok sama ada mewakili agensi mahupun individu.
"Sistem pengoperasian 'Penghijauan Malaysia' tidak mengklasifikasikan data dari kawasan luar bandar dan bandar. Bagaimanapun, data itu diklasifikasi mengikut negeri, agensi atau individu penanam dan jenis pokok," katanya.
Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dilancarkan pada 5 Jan lepas secara serentak di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Program Penghijauan Malaysia
#potongan cukai
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan