awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Sektor agromakanan berdepan 5 cabaran utama - MAFI

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/11/2021
04:15 MYT
Parlimen: Sektor agromakanan berdepan 5 cabaran utama - MAFI
Dalam tempoh 5 tahun, 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia, manakala 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perubahan iklim menjadi antara lima cabaran utama kepada sektor agromakanan negara yang perlu didepani dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata antara cabaran lain termasuk kekurangan sumber asli, produktiviti dan inovasi pertanian, perubahan demografi dan peralihan trend pemakanan serta kehilangan dan pembaziran makanan.
Menurutnya, kesan perubahan iklim semakin ketara dirasai kebelakangan ini dimana sepanjang tempoh lima tahun iaitu 2017 sehingga 2021, seluas 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia, manakala 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau.
"Dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim, MAFI melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan DSMN) antara lain, akan mempergiatkan pertanian mampan yang mesra alam dan berdaya tahan terhadap iklim bagi mengurangkan impak perubahan iklim terhadap sektor agromakanan serta memperluaskan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dengan kaedah teknologi berasaskan iklim," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang ingin tahu langkah-langkah MAFI bagi menangani perubahan iklim yang sudah pasti memberi kesan kepada industri pertanian negara termasuk penanaman padi yang menjadi sumber makanan utama negara.
Mengulas lanjut, Ronald Kiandee berkata MAFI juga telah dan sedang mengambil langkah-langkah bagi menangani kesan perubahan iklim khususnya bagi tanaman padi seperti pembangunan dan penggunaan varieti yang tahan banjir dan tahan kemarau.
"Ia termasuk pembangunan variety benih padi yang tahan kepada air masin sekiranya berlaku sebarang kesan limpahan air laut ke kawasan penanaman padi.
"Penggunaan Peta Agricultural Rainfall Index (ARI) dan Peta Tanah untuk menentukan kesesuaian tanaman di suatu kawasan serta merancang sistem perparitan dan pengairan dan meningkatkan kaedah penanaman padi berdasarkan panduan menguruskan tanaman padi mengikut sasaran," katanya.
Antara langkah lain termasuk pembinaan kelengkapan infrastruktur amalan pengairan sawah secara Alternate Wetting and Drying (AWD) dan memperkenalkan insurans pertanian untuk mengurangkan risiko kerugian melibatkan bencana disebabkan oleh kesan perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Agromakanan
#Ronald Kiandee
#tanaman padi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan