KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegur sikap ahli Parlimen pembangkang yang memboikot sesi pembentangan, perbahasan dan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri Dua.
Sambil menyifatkan perkara itu sebagai bukan amalan biasa, beliau berkata, semua ahli Parlimen pembangkang tidak hadir semua sesi pembangkang usul berkenaan sejak semalam dan diteruskan hingga petang Rabu.
"Selalunya Dewan penuh, tetapi semalam pembangkang tak mahu terbabit dalam perbincangan atau perbahasan, jadi mereka buat keputusan untuk boikot dan meninggalkan Dewan sejak semalam hingga hari ini.
"Ini bukan amalan biasa, tapi agak luar biasa. Janganlah kita memberi anggapan ini adalah keadaan biasa dalam Dewan, ini tidak begitu. Isu ini agak terpencil," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Kenyataan Johari itu dicelah RSN Rayer (PH-Jelutong) yang menyifatkan ketiadaan pembangkang di sepanjang pembentangan usul itu menjadikan keadaan Dewan Rakyat lebih aman.
"Keadaan aman dan damai tanpa pembangkang," katanya.
Johari turut memberitahu, usul LKAN yang pertama kali dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat menempa sejarah baharu kerana diluluskan selepas mendapat sokongan suara majoriti.
Pada Rabu, Dewan Rakyat kecoh apabila pembangkang bersepakat supaya LKAN tidak dibahas dalam persidangan atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketidakwajaran untuk LKAN dibahas dalam Dewan Rakyat kerana terdapat undang-undang yang memperuntukkan laporan itu boleh dibentang tanpa perbahasan.
Astro Awani
Wed Jun 07 2023
Johari Abdul menegur sikap ahli Parlimen pembangkang yang memboikot sesi pembentangan, perbahasan dan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri Dua. -Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Demi keselamatan dan keharmonian negara, Akta Hasutan terus kekal - Shamsul Anuar
Rakyat bagaimanapun masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan
Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU
BHEUU menjelaskan pihaknya dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Semua pihak perlu hormat langkah kerajaan gubal RUU Mufti Wilayah Persekutuan
Semua pihak digesa untuk menghormati langkah kerajaan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan.
Pindaan berhubung kewarganegaraan bukti kesungguhan kerajaan MADANI lakukan reformasi
Usaha meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan mencerminkan kesungguhan politik Kerajaan MADANI untuk melakukan reformasi.
[KOLUMNIS] MoU Peruntukan Pembangkang: Demi kebaikan dan kematangan ahli politik
Cerita mengenai MoU ini sudah berbulan-bulan kedengaran tetapi penamatnya bagaimana?
Kebebasan badan kehakiman perlu kekal jadi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu kekal menjadi keutamaan dalam menegakkan keadilan.
Isu berbangkit berhubung RUU Mufti dijawab Mohd Na'im - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan sebarang isu berbangkit berhubung RUU Mufti hanya akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.