awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas bentang manifesto PRU14 esok

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
17/03/2018
09:27 MYT
Pas bentang manifesto PRU14 esok
Manifesto berkenaan akan dilancarkan Presiden parti, Datuk seri Abdul Hadi Awang pada 18 Mac (esok).
Pas Pusat akan membentangkan sembilan teras utama merangkumi isu Pendidikan, sosial dan kesejahteraan rakyat dalam manifesto parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, manifesto itu akan tertumpu kepada penyelesaian masalah dihadapi rakyat dan negara dalam pelbagai perkara.
Menurut Hashim, manifesto berkenaan akan dilancarkan Presiden parti, Datuk seri Abdul Hadi Awang pada 18 Mac (esok).
“Ini keyakinan kita.. beri peluang dan rakyat nampaknya kena yakin keputusan yang dilaporkan di Parlimen baru-baru ini bahawa Pas bersih... bersih daripada unsur-unsur seperti rasuah dan sebagainya.
“Orang jenis ini lah yang perlu kita tonjolkan sebagai pemimpin. Saya selalu sebut pemimpin yang kuruskan badan untuk gemukkan rakyat. Itu kita kena cari bukan pemimpin nak gemuk diri dia untuk menguruskan rakyat.
“Hal ini terdapat ramai dalam Pas tetapi jarang nak berjumpa bagi parti-parti yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 34 Pas kawasan Hulu Terengganu di Rhu Sila, Marang pada Sabtu.
Menurutnya, pengurusan agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi serta merapatkan jurang yang luas antara kawasan bandar dan luar bandar akan diberi keutamaan.
Beliau yang juga Ketua Majlis Syura Ulama Pas berkata usaha berkenaan hanya mampu dilaksanakan oleh Pas yang membariskan pemimpin berintergriti serta bebas rasuah.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pokok Sena
#Hashim Jasin
#Ketua Majlis Syura Ulama Pas
#Manifesto
#Mursyidul Am Pas
#PAS
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan