Pas Kelantan melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka jatuh pada hari persidangan Dun negeri.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, SPR sepatutnya terlebih dahulu bertanyakan program yang berlangsung sebelum menetapkan tarikh PRK berkenaan.
"Sidang DUN dijangka bermula pada 16 sehingga 19 Mac depan.
"Kita terkilan kerana tarikh itu terlalu dekat dengan sidang DUN. Sepatutnya SPR tanya khabar dahulu dan tidak menetapkan tarikh yang mengganggu perjalanan sidang...kita sangat terkilan," katanya ketika
bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Bagaimanapun kata Mohd Amar, sidang Dun tetap akan diteruskan walaupun PRK diadakan pada masa berkenaan.
Dalam pada itu ketika ditanya calon Pas yang akan ditampilkan di Chempaka, Mohd Amar menjelaskan;
"Kita mempunyai ramai calon yang boleh ditampilkan di kerusi itu.
"Bagaimanapun kita masih belum buat apa-apa keputusan lagi. Kita akan muktamadkan calon sebelum tarikh penamaan."
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kelantan menjelaskan, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan jentera parti bagi melakukan persiapan PRK.
"Kita juga akan menunggu tarikh penamaan calon sama ada Umno benar-benar mahu mengotakan janjinya untuk tidak meletakkan calon di sana," ujarnya.
SPR pada Rabu menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh penamaan calon manakala 22 Mac nanti sebagai tarikh pengundian bagi PRK Dun Chempaka.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.
Muhafandi Muhamad
Wed Feb 18 2015
PAS Kelantan terkilan tarikh PRK Chempaka jatuh hari persidangan DUN
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
DUN Kelantan bersidang hujung November, bentang Belanjawan 2024
DUN Kelantan dijangka berlangsung hujung November ini bagi membentangkan Belanjawan 2024.
Air: Kenyataan Mohd Amar rakyat Kelantan boleh gali sendiri telaga tak bertanggungjawab - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.
PRN: Mohd Amar persoal manifesto BN-PH di Kelantan tidak beri keutamaan isu air
Datuk Mohd Amar Abdullah hairan susulan manifesto yang dikemukakan oleh Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak menjadikan isu air sebagai keutamaan.
PRN: Pas Kelantan akui tergugat
Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah mengakui kedudukan parti itu tergugat pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
'Kita akui Kelantan ada masalah air' - Mohd Amar
"Kita akui Kelantan ada masalah air dan tidak pernah nafikan perkara itu," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Pas, Bersatu, BN tidak mampu hadapi PRU bersendirian - Mohd Amar
Ketiga-tiga parti melalui Perikatan Nasional (PN) perlu bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pas bukan tak kenang budi Kerajaan Persekutuan
Pas Kelantan tidak salahkan Kerajaan Persekutuan sepenuhnya atas kemunduran negeri itu berbanding negeri-negeri lain sebaliknya semua pembangunan yang diberikan disambut baik oleh rakyat negeri itu.
Pas berkeras pertahan jawatan exconya di Selangor
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan tiga anggota exco negeri Selangor daripada PAS, sebagai 'anak jantan'.
Hudud: Penentangan bukan Islam kerana salah faham - PAS
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, enakmen berkenaan sebenarnya tidak terpakai kepada bukan Islam kerana ianya akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah.
Tiada arahan kepada kepimpinan PAS untuk tidak mengkritik Najib - Mohd Amar
PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada pimpinannya untuk tidak mengkritik pentadbiran serta isu semasa yang melibatkan Najib tentang kemelut yang dihadapinya, kata Naib Presiden PAS.