awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas bukan tak kenang budi Kerajaan Persekutuan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/11/2017
06:32 MYT
Pas bukan tak kenang budi Kerajaan Persekutuan
Mohd Amar akui banyak bantuan Kerajaan Persekutuan cuma masih ada projek yang diluluskan belum dilaksanakan
Pas Kelantan tidak meletakkan semua salah kepada Kerajaan Pusat dengan kemunduran negeri berkenaan jika dibandingkan dengan negeri lain.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya menegaskan, banyak perkara yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan disambut baik rakyat negeri itu dan Kerajaan Negeri turut berterima kasih atas apa yang dilakukan.
''Kita bukan hendak menyalahkan tapi hendak perbetulkan. Kita, termasuk MB juga berterima kasih atas pembangunan dan peruntukan yang diterima.
''Cuma belum puas hati kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan belum terlaksana seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Selain itu, pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Gua Musang ke Kuala Krai juga belum dijalankan sepenuhnya.
Mohd Amar mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam yang kecewa dengan sikap Pas Kelantan kerana sering menjadikan Kerajaan Pusat sebagai 'kambing hitam' setiap kali isu pembangunan negeri disentuh.
Mustapa yang juga ADUN Ayer Lanas menegaskan, Kerajaan Pusat sudah memberi pelbagai peruntukan kepada Kelantan dalam usaha memastikan negeri itu tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri
#kerajaan Persekutuan
#Lebuhraya Rakyat
#Mohd Amar
#Mustapa Mohamed
#PAS
#Pas Kelantan
#pembangkang
#pembangunan kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan