Masyarakat seharusnya mengangkat tarikh 13 Mei sebagai hari perpaduan dan persaudaraan antara kaum di negara ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata masyrakat yang memperingati rusuhan kaum itu dilihat seolah-olah masih dihantui sentimen perkauman.
Jelas Nasruddin ia secara tidak langsung mengukuhkan perpaduan kaum yang telah lama dibina.
"Jadi saya cadang selepas ini kita mengingati 13 Mei sebagai hari persaudaraan maksudnya ialah kita nak ‘swing’ nak tukar mimpi ngeri kepada satu realiti yang perlu kita bentuk dalam negara kita,” ujarnya.
“Biarlah 13 Mei akan datang merupakan detik harmoni dan juga detik perpaduan dikalangan masyarakat negara kita" katanya sidang media keharmonian dan kedamaian negara pasca pru13.
Turut hadir Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM, Amidi Abdul Manan, Setiausaha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Dr Fauzi Zakaria, Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid, dan Naib Presiden Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, (Haluan) Mohd Sabri Md Yudin.
Nasruddin dalam masa sama turut mengingatkan parti-parti politik agar tidak mengeret rakyat ke dalam kancah politik perkauman yang dibimbangi mencetuskan persengketaan.
Sementara itu, Mohd Azmi berkata parti-parti politik yang masih terikat dengan sentimen perkauman perlu melakukan rombakan.
Jelasnya, rakyat negara ini sudah matang dan saling menghormati antara lain.
"Sudah tiba masanya parti yang berdasarkan kaum ini harus membuat rombakan kerana negara ini sudah matang dan kita mahu mereka mewujudkan satu negara yang saling menghormati antara satu sama lain," katanya.
Hakim Rahman
Sat May 11 2013
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.