awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat

Faida Rahim
Faida Rahim
15/09/2024
03:30 MYT
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
Rosli berkata barisan pimpinan parti itu lebih mementingkan jumlah pertambahan pengundi Melayu berbanding soal kemenangan. - Foto Facebook/Rosli Abdul Jabar
TEMERLOH: Pas yakin sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar memberitahu, barisan pimpinan parti itu lebih mementingkan jumlah pertambahan pengundi Melayu berbanding soal kemenangan.
"Kalau kita lihat keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) lepas, apa yang kita lihat di sana ialah sokongan sokongan pengundi Melayu kepada Pas. Senario kepada Perikatan Nasional (PN), pilihan raya yang dulu dan yang akan datang ini mungkin tidak sama.
"Mungkin sahabat wartawan melihat kepada angka menang sahaja. Tapi kami orang politik ini kami melihat dari sudut pertambahan sokongan kepada pengundi melayu untuk kami laksanakan gerak kerja bagi kita menarik minat orang melayu untuk beri sokongan kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Pas ke-70 hari terakhir di Kompleks Al-Makmur, Temerloh.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur mengakui senario politik semasa dilihat semakin berubah namun yakin kemenangan akan berpihak kepada Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
"Dapat kita lihat pada PRU15, kalau PRU15, kalau kita lihat secara mata kasar, mungkin Pas Pahang tak dapat kerusi. Mungkin dapat satu dua, Bila kita ber pecah dengan Pakatan Rakyat, ramai jangka kalah banyak kerusi.
"Tapi berlaku tiga penjuru itu, kita menang pula. Sangkaan orang ramai meleset sama sekali, kita yakin PRU16 akan datang, pengundi-pengundi Melayu akan berpihak kepada kita," katanya.
Topic Berkaitan
#PN
#PAS
#PRU16
#Pesuruhjaya PAS Pahang
#Rosli Abdul Jabar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan