awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas nafi dakwaan pelantikan Abdul Hadi usaha pujuk, menangi hati ahlinya

Bernama
Bernama
04/04/2020
02:19 MYT
Pas nafi dakwaan pelantikan Abdul Hadi usaha pujuk, menangi hati ahlinya
Abdul Hadi Awang tidak pernah meminta jawatan mahupun kedudukan dalam kerajaan. - Gambar fail
Pas menafikan dakwaan kononnya tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah usaha bagi memujuk dan memenangi hati ahli-ahli parti berkenaan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan turut menegaskan, parti itu, khususnya Abdul Hadi, tidak pernah meminta jawatan mahupun kedudukan dalam kerajaan.
"Sebaliknya kami bersedia berkhidmat di mana jua demi menguatkan serta menjamin kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Pelantikan Abdul Hadi sebagai Duta Khas perkukuh hubungan diplomatik - Tuan Ibrahim
Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa Muhyiddin bersetuju melantik Ahli Parlimen Marang itu sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dengan bertaraf menteri.
Takiyuddin, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menyifatkan pelantikan Abdul Hadi membolehkan beliau turut membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengharmonikan lagi hubungan diplomatik dan antarabangsa, khususnya dengan negara-negara di rantau itu.
Menurut Takiyuddin, Abdul Hadi juga akan menjalin kerjasama erat dengan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra.
Selain itu, beliau berkata, Pas akan menubuhkan satu Jawatankuasa Penasihat berbentuk 'Hisbah' bagi memantau tugas dan menasihati anggota kerajaan daripada kalangan ahlinya agar mereka dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan jujur dan terbaik.
"Memandangkan Presiden Pas turut berada dalam kerajaan, mungkin jawatankuasa itu akan dilantik daripada kalangan pimpinan Majlis Syura Ulamak Pas.
"Sebelum ini, Pas mempunyai Jawatankuasa Penasihat Kerajaan Kelantan dan Terengganu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden Pas," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah
#Majlis Syura Ulamak Pas
#Parti Islam SeMalaysia
#PAS
#Perikatan Nasional
#Presiden Pas
#Setiausaha Agung Pas
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan