awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas persoal tindakan Perak eksport REE

Sinar Harian
Sinar Harian
21/10/2023
11:32 MYT
Pas persoal tindakan Perak eksport REE
Tuan Ibrahim berkata, REE mampu menjadi potensi pendapatan negara yang amat besar, justeru kerajaan perlu memastikan dasar larangan eksport REE dipatuhi. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pas mempersoalkan tindakan kerajaan Perak yang mengeksport unsur nadir bumi (REE) sedangkan kerajaan melarang sebarang eksport berkaitan sumber bahan mentah yang bernilai tinggi itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, REE mampu menjadi potensi pendapatan negara yang amat besar, justeru kerajaan perlu memastikan dasar larangan eksport REE dipatuhi.
"Kita dapat maklumat Perak eksport REE sebanyak 10 kali, dah eksport ke China. Macam mana dia (Perak) boleh langgar arahan tersebut?
"Sepuluh kali hasil eksport ini saya difahamkan hasilnya hanya RM1.6 juta royalti kepada kerajaan Perak.
"REE ini sangat mahal. Saya minta kerajaan-kerajaan negeri yang kita ada, kawal sepenuhnya walaupun lesen eksport pada kerajaan Pusat," katanya pada sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas ke-69 di sini pada Sabtu.
Tuan Ibrahim menambah, Pas mengalu-alukan dasar larangan eksport REE, namun usaha menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang sumber itu perlu disegerakan.
Katanya, REE perlu diproses menjadi produk akhir sebelum eksport dilakukan untuk negara memperoleh hasil yang lebih besar.
"Sekarang ini hampir semua negeri ada REE cuma banyak atau sikit saja. Daripada Kedah, Terengganu, Pahang dan kita yakin Sabah dan Sarawak juga banyak.
"Jadi kalau kita tak ada kepakaran, akhirnya nilai sebenar itu kita tak dapat. Kalau kita tak buat sesuatu kita akan rugi, satu lagi rugi sumber yang ada dalam negara kita," katanya.
Sebelum ini media melaporkan projek perintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang sedang beroperasi di Mukim Kenering, Hulu Perak dengan keluasan 87 hektar berjaya menjana hasil royalti hampir RM16 juta kepada kerajaan negeri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah tersebut merupakan hasil daripada 10 kali pengeksportan nadir bumi karbonat (REC) ke negara China, setakat Julai lepas. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#REE
#Perak
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan