Pemimpin PAS akan turun padang untuk memberi penjelasan berhubung Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355 kepada masyarakat, termasuk yang bukan beragama Islam, dalam masa dua tiga bulan akan datang.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pembentangan RUU355 memperjelaskan kekeliruan yang selama ini menggambarkan seolah-olah rang undang-undang itu merupakan pintu belakang kepada hudud.
"Pembentangan itu jelas bukan sebagaimana yang didakwa untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi ia hanyalah menaik taraf mahkamah syariah. Pembentangan itu sedikit sebanyak meredakan kekeliruan masyarakat," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri program anjuran PAS di sini hari ini.
Pembentangan RUU355 dibuat Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden PAS, pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13, pada Khamis lepas.
Tuan Ibrahim berkata: "PAS berasa lega dengan pembentangan RUU355 setelah sekian lama tertangguh."
Berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain seperti DAP, beliau berkata meskipun sudah tidak ada kesepakatan, namun pemuafakatan sebagai parti pembangkang masih wujud khususnya dalam pembahagian kerusi dalam pilihan raya ke-14 akan datang.
"Apa yang kita harapkan kerusi yang ditandingi PAS tidak akan diganggu oleh parti pembangkang lain. Sebenarnya dalam konteks pembangkang, tidak ada dibentuk satu muafakat berdaftar, seperti ada satu logo, satu lambang seperti Barisan Nasional, yang penting adalah muafakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
Pemimpin PAS akan turun padang untuk memberi penjelasan berhubung RUU355 termasuk yang bukan beragama Islam. -fotoBERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.
"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan
Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih 'tidak kukuh', jadi jangan ditanya bila hudud akan dilaksanakan, kata Pas Kelantan.
Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.
PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud
PBB bidas kerajaan Brunei kerana mahu laksana undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoseksual.
Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak semalam mendakwa hukuman tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai minggu depan.
Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.
Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.
Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.