TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap penduduk di negara ini memasang dan memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah di Malaysia.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.
"Aplikasi ini telah lama diperkenal, manfaatkan ia untuk penyaluran aduan dan maklumat yang dilengkapi elemen multimedia seperti gambar, video serta koordinat GPS lokasi kejadian... kita turut wujudkan butang panik iaitu tindakan segera akan diambil oleh anggota polis yang bertugas di lapangan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan karnival pencegahan jenayah dan melancarkan Conferencing Point Pondok Polis Fajar di sini semalam.
Beliau berkata anggaran masa bagi PDRM sama ada melalui kekuatan unit kereta peronda (MPV) atau rondaan bermotosikal (URB) mengambil tindakan ialah selewat-lewatnya 12 minit selepas menerima laporan atau aduan daripada VSP.
"PDRM mempunyai lebih 3,000 MPV dan 1,800 URB yang bergerak setiap masa untuk membantu menangani masalah jenayah di seluruh negara justeru menerusi platform VSP, kita harapkan masyarakat dapat bersama-sama dengan PDRM membanteras jenayah di negara ini," katanya.
Wan Hassan juga berkata PDRM turut mengalu-alukan kerjasama daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan bagi melaksanakan program bersama dalam mencegah jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
![Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716769886_VSP.jpg)
Polis berharap orang ramai memanfaatkan aplikasi telefon pintar VSP yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah. - Foto Kementerian Dalam Negeri
Polis buru empat lelaki bersenjata, bertopeng rompak kedai emas di Kajang
Pengunjung sebuah kompleks membeli-belah di Kajang berdepan detik cemas apabila empat lelaki bertopeng dan bersenjata merompak sebuah kedai emas dalam bangunan tersebut pada petang Isnin.
Hampir 30 pasangan dari Malaysia ke selatan Thailand setiap bulan
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.
Netanyahu bubar Kabinet Perang Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membubarkan Kabinet perangnya yang dianggotai enam anggota.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak Ahad hingga pagi Isnin.
Empat lelaki ditahan kes culik, pukul, ugut remaja
Polis sudah menahan empat lelaki warga tempatan dan sedang mengesan beberapa lagi individu yang terbabit dalam kejadian melarikan dan menculik tiga remaja di sebuah pasar raya di kawasan Skudai.
Malaysia-China sehaluan meneroka bidang masa depan lestari
Selepas 50 tahun, landskap kerjasama diplomatik antara Malaysia dan China boleh disifatkan terus makmur dan progresif yang mana ia terlihat nyata dengan prestasi memberansangkan dari segi ekonomi dan pelaburan antara kedua negara.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Anwar-Erdogan senada tingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara Malaysia-Turki.
Malaysia, Pakistan sepakat solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Cuaca panas hadirkan kebimbangan buat jemaah haji
Kebimbangan mula meningkat selepas mereka mendapat laporan sekurang-kurangnya enam warga Jordan maut akibat cuaca panas pada Sabtu.
Sindiket dadah tumpas, rampasan berbilion euro
Kecekapan pihak penguatkuasa Jerman dalam membanteras kegiatan sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai berbilion euro.
![Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716769886_VSP.jpg)
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Wan Hassan berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.