Polis Pulau Pinang membongkar satu sindiket memproses pil Ecstasy serta ubat tiruan yang didalangi pasangan adik beradik.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Roslee Chik memaklumkan polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM760,000 dalam dua serbuan di negeri itu dan di Kuala Lumpur.
Menurut Roslee, suspek lelaki dan wanita itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dalam operasi yang bermula jam 5.30 petang.
Katanya, serbuan pertama di sebuah rumah teres di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam telah membongkar sebuah makmal memproses dadah sebelum sebelum menemui pelbagai jenis dadah dan pil tiruan.
Turut dirampas, empat mesin yang dipercayai digunakan bagi memproses dadah berkenaan.
Roslee berkata suspek tersebut dipercayai cuba melarikan diri ke Miri, Sarawak selepas mengetahui adiknya ditahan polis.
Kedua-dua suspek ditahan reman hingga 28 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Mon Sep 25 2017
Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM760,000 dalam dua serbuan di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Disangka dadah, rupanya hanya gula-gula
Dadah jenis esctasy yang dirampas minggu lepas itu, berkemungkinan hanya gula-gula berwarna merah muda dalam bentuk serbuk.
Polis tahan 34 individu sertai parti liar semasa PKP
Tiga daripada lelaki yang ditahan memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dadah.
Polis India buru suspek eksport 50 kilogram narkotik dari Chennai ke Malaysia
Polis India sedang memburu suspek yang cuba mengeksport 50 kilogram narkotik dari Chennai ke Malaysia.
Pasangan adik-beradik dalang sindiket Ecstasy ditahan
Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM760,000 dalam dua serbuan di negeri itu dan di Kuala Lumpur.
Trend guna golongan muda edar dadah semakin membimbangkan - AADK
Trend sindiket dadah mempergunakan golongan muda khususnya pelajar sekolah untuk mengedar dadah seperti pil ecstasy dan syabu adalah amat membimbangkan.
Polis Kuala Lumpur rampas dadah bernilai hampir RM500,000
Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan susulan kejayaan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM411,120