awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan 'belangkas' OKU antara yang cuba lari sekatan polis

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2018
04:19 MYT
Pasangan 'belangkas' OKU antara yang cuba lari sekatan polis
Ketika operasi, ada yang cuba melawan arus namun terjatuh kerana cuba mengelak dari merempuh kenderaan lain. - Foto Astro AWANI
Aksi sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang cuba lari dari sekatan polis sehingga nyaris maut akibat terjatuh, antara yang sempat dirakamkan sewaktu Ops Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Shah Alam kira-kira jam 1 pagi tadi.
Selain pasangan 'belangkas' itu, lebih 50 samseng jalanan diperiksa dalam operasi Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang diketuai ASP Akmal Rabiatun Zaini.
Ketika operasi, ada dalam kalangan mereks yang cuba menunggang melawan arus namun terjatuh kerana cuba mengelak dari merempuh kenderaan lain.
Hasil sejam beroperasi, 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen kenderaan, tiada cukai jalan dan lesen tamat tempoh.
Sejumlah 16 buah motosikal berjaya disita sebelum operasi dihentikan berikutan hujan lebat. Kesemua rampasan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#IPD Shah Alam
#ops rempit
#ops samseng
#polis trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan