awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan dicekup berkhalwat doktor hospital - Exco

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2025
05:30 MYT
Pasangan dicekup berkhalwat doktor hospital - Exco
Seorang doktor lelaki ditahan JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang doktor wanita. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Sepasang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Melaka telah ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres setingkat di Taman Semabok Perdana, Semabok pada petang Selasa.

Ringkasan AI
  • Sepasang doktor berusia 26 tahun dari Hospital Melaka ditahan oleh JAIM kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres di Taman Semabok Perdana, Semabok pada petang Selasa.
  • Ketika serbuan dilakukan sekitar jam 3.25 petang, pasangan tersebut cuba bersembunyi sebelum membuka pintu selepas 20 minit; mereka berpakaian lengkap dan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan.
  • Kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka dan turut melibatkan kehadiran imam masjid, anggota polis serta penduduk setempat semasa serbuan.

Perkara itu disahkan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, yang memaklumkan bahawa kedua-dua individu berusia 26 tahun merupakan doktor perubatan di Hospital Melaka.
“Ketika ditahan, kita dapati kedua-dua mereka berada dalam keadaan berpakaian lengkap. Mereka kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang doktor lelaki ditahan JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang doktor wanita.
Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.25 petang, pasangan berkenaan cuba bersembunyi di dalam rumah sebelum akhirnya membuka pintu selepas 20 minit pihak berkuasa menunggu.
Difahamkan, serbuan itu turut disertai imam masjid, anggota polis dan penduduk taman yang berada berdekatan.
“Doktor lelaki yang membuka pintu rumah tersebut turut mempersoalkan tindakan penguat kuasa untuk memeriksa kediaman yang disewa bersama dua lagi rakan lelaki yang tiada di rumah ketika kejadian,” katanya.
Pasangan berkenaan ditahan pada jam 3.43 petang dan kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes khalwat
#video tular
#pasangan doktor
#hospital di Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan