BUKIT MERTAJAM: Padah terlibat kegiatan meragut rantai emas, sepasang kekasih akhirnya dicekup polis menerusi dua serbuan di Butterworth dan Juru, Pulau Pinang semalam dan Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, suspek lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan sebaik tiba dari Kuala Lumpur di stesen bas di Butterworth kira-kira jam 6 pagi pada 27 Februari lepas.
Manakala, teman wanitanya berusia awal 20-an ditahan di tempat kerjanya di Juru kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Cheng San berkata, penahanan pasangan itu dibuat dua minggu selepas suspek lelaki dipercayai meragut rantai leher seorang lelaki warga emas pada 10 Februari lalu.
Menurut Cheng San, suspek yang menunggang motosikal mendekati mangsa berusia 70-an sambil berpura-pura bertanyakan arah jalan pada hari kejadian iaitu sekitar jam 7 petang.
“Selepas menunjukkan arah, suspek secara tiba-tiba meragut rantai leher emas yang dipakai mangsa.
“Mangsa yang tidak cedera cuba mengejar, namun suspek memecut motosikalnya dan melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT pada Jumaat.
Cheng San menambah, siasatan pihaknya mendapati suspek terlibat dalam tiga kes sama di daerah ini dan satu kes di Kulim, Kedah membabitkan kerugian mangsa berjumlah kira-kira RM6,000.
“Suspek bertindak bersendirian, manakala teman wanitanya berperanan menjual barang kemas itu di kedai pajak gadai dengan upah RM200.
“Selain itu, polis turut menahan tiga lelaki berusia 60 hingga 70 tahun iaitu pemilik tiga kedai pajak gadai tempat suspek menjual barang kemas bagi siasatan lanjut,” katanya.
Semakan mendapati suspek lelaki yang bekerja kilang itu mempunyai tujuh rekod lampau termasuk dua kes berkaitan dadah, manakala suspek wanita yang bekerja sebagai tukang urut mempunyai empat rekod lampau termasuk tiga kes dadah.
Kedua-dua suspek direman seminggu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Mar 03 2023
Cheng San menunjukkan motosikal digunakan suspek ketika menjalankan aktiviti meragut. -PDRM
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Malaysia, Uzbekistan setuju tingkat kerjasama dalam bidang pendidikan
Malaysia komited untuk menyediakan guru Bahasa Inggeris kepada Uzbekistan dalam memastikan bahawa standard pendidikan antarabangsa dipenuhi.
Peragut dijel enam bulan
Lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan ketika cuba meragut seorang wanita pada Isnin lalu.
Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis
Suspek lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan sebaik tiba dari Kuala Lumpur di stesen bas di Butterworth kira-kira jam 6 pagi pada 27 Februari lepas.
Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.
Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta
Dia menawarkan kepada anggota polis yang menangkapnya sebanyak AS$1 juta untuk membebaskannya.
Peragut rantai emas diberkas
Pihak polis turut merampas pakaian, beg, sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam.
Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk permohonan reman pada Jumaat.
Peragut berputih mata ragut rantai emas palsu
Mangsa enggan membuat laporan polis kerana rantai yang diragut hanya emas tiruan.
Lelaki ditahan dipercayai terlibat lima kes ragut
Lelaki itu ditahan pada 8.30 pagi di Taman Orkid, di sini, oleh anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kluang.
Pencuri parah selepas terjun dari tingkat tiga
Seorang penjenayah parah selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan apabila cuba melarikan diri daripada dicekup kerana meragut beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Api-Api Centre.
Mangsa ragut maut selepas seminggu koma
Mangsa ragut di Kampung Sri Rebana, Machang maut selepas seminggu koma akibat pendarahan dalam kepala.