awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2021
22:26 MYT
Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai
Suspek berjaya ditahan oleh orang ramai selepas meragut seorang wanita di hadapan gerai milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Gombak pada Khamis. -Foto Sinar Harian
GOMBAK: Tindakan seorang lelaki yang meragut membawa padah apabila dia ditahan oleh orang awam ketika cuba melarikan diri di Jalan SG 3/11, Taman Sri Gombak, di sini pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.10 pagi di Balai Polis Gombak.
"Mangsa merupakan wanita tempatan berusia 33 tahun berasal dari Gombak.
"Semasa berada di hadapan gerai milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebuah motosikal jenis Yamaha LC ditunggang suspek telah meragut beg 'clutch' milik mangsa.
"Semasa cuba melarikan diri, suspek terlanggar sebuah kereta.
"Dengan bantuan orang awam di lokasi kejadian, suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zainal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 29 tahun mempunyai 20 rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.
Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk permohonan reman pada Jumaat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompak yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan sebat, atau denda," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#peragut
#MPS
#Taman Sri Gombak
#ditahan orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan