awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peragut rantai emas diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
22/05/2022
21:30 MYT
Peragut rantai emas diberkas
Siasatan awal mendapati suspek mengaku meragut rantai emas milik mangsa dan telah menjualnya di sebuah kedai pajak gadai di Bandar Sri Permaisuri Cheras dengan nilai RM600. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki meragut rantai emas milik seorang wanita di Jalan Kuchai Maju 10 di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 10.15 malam di Brickfields.
"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod berkaitan kes dadah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Amihizam berkata, pihaknya turut merampas pakaian, beg, sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam.
"Siasatan awal mendapati suspek mengaku meragut rantai emas milik mangsa dan telah menjualnya di sebuah kedai pajak gadai di Bandar Sri Permaisuri Cheras dengan nilai RM600," katanya.
Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula sehingga Rabu bagi membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#peragut
#rantai emas
#Dadah
#pajak gadai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan