awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas ditemukan meninggal dunia di rumah kedai di Raub

Bernama
Bernama
14/06/2025
21:40 MYT
Pasangan warga emas ditemukan meninggal dunia di rumah kedai di Raub
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub membantu mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. - Foto FB Balai Bomba dan Penyelamat Raub
KUANTAN: Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di sebuah rumah kedai di Kampung Sungai Ruan, Raub, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata mayat Wong Tong Seng, 75, ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah berulat di hadapan sinki dapur, manakala mayat isterinya Loh Kam Ngo, 73, ditemukan dalam keadaan terbaring di bucu katil dalam bilik tengah rumah berkenaan.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan keadaan rumah berada dalam keadaan baik," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata siasatan lanjut dan hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raub mendapati punca kematian kedua-dua mangsa disebabkan Sindrom Koronari Akut (serangan jantung).
Mohd Shahril berkata mangsa wanita menghidap penyakit Parkinson sejak 20 tahun lepas, manakala suaminya pula dilaporkan pernah menerima rawatan jantung di Klinik Kesihatan Ulu Gali, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pasangan warga emas ditemukan meninggal dunia
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan warga emas meninggal dunia
#Raub
#rumah kedai
#Kampung Sungai Ruan
#suami isteri
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami