awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas mangsa kebakaran di Pagoh selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
16/08/2024
07:40 MYT
Pasangan warga emas mangsa kebakaran di Pagoh selamat dikebumikan
Imam Masjid Jamek Paya Redan, Zaruddin Abdul Aziz (tengah) memimpin bacaan talkin dan doa sejurus selesai pengebumian pasangan suami isteri terbabit. - Foto Bernama
MUAR: Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, selamat dikebumikan pada kira-kira 11 pagi tadi.
Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan ketika pengebumian jenazah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abd Hamid, 76, yang dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara serta penduduk kampung.
Kedua-dua jenazah tersebut dikebumikan bersebelahan pusara cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11, yang turut terkorban dalam kejadian kebakaran itu.
Terdahulu, jenazah Mohamed Nor dan Ara dituntut ahli keluarga dari Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah (HPSF) Muar pada 9 pagi selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh semalam, sebelum dibawa dengan van ke Masjid Jamek kampung berkenaan untuk disolatkan pada kira-kira 10 pagi.
Sementara itu, anak Allahyarham pasangan warga emas itu, Mahat Mohamed Nor, 45, berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan melibatkan ibu bapanya hingga selamat dikebumikan setelah seminggu menunggu keputusan ujian DNA.
WARGA EMAS-RENTUNG (KEBUMI) 2 (AKHIR) MUAR
"Jika diikutkan keputusan DNA lambat lagi...tetapi Alhamdulillah ia dipercepatkan dan kami sekeluarga berasa lega," katanya ketika ditemui selepas pengebumian.
Kebakaran tersebut turut mengakibatkan seorang lagi cucu mangsa, Norazmina Mohd Radhi, 14, mengalami kecederaan dan kini masih dirawat di HPSF.
Suspek utama kes tersebut yang merupakan anak sulung pasangan itu berusia 48 tahun kini ditahan polis kerana disyaki mengakibatkan kebakaran kediaman itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan warga emas
#kebakaran Pagoh
#selamat dikebumikan
#Mohamed Nor Mohamed Yassin
#Ara Abd Hamid
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan