awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta

Bernama
Bernama
05/05/2024
14:15 MYT
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Midin @ Maidin Sinja, 69, dan isterinya Jurai Imran, 65, meninggal dunia akibat tersepit dalam kereta Perodua Myvi dinaiki mereka.
Kenyataan itu turut memaklumkan JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada 1.56 tengah hari dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer.
"Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser bertembung kereta Perodua Myvi. Terdapat empat mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
"Dua mangsa menaiki Perodua Myvi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
Dua lagi mangsa masing-masing lelaki dan wanita berusia 69 dan 64 tahun menaiki Toyota Unser mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan warga emas
#suami isteri
#kemalangan
#Kampung Lingkungan
#Beaufort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan