awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas maut dalam kemalangan di Mersing

Bernama
Bernama
11/03/2021
15:24 MYT
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan di Mersing
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja yang dipandu Rosnan dari Kluang menuju ke Mersing hilang kawalan lalu merempuh treler dari arah bertentangan.
MERSING: Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir di Kilometer 54, Jalan Kluang-Mersing, di sini, pada Khamis.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Rosnan Aris, 64, seorang peniaga kedai makanan dari Felda Nitar 2 di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah manakala isterinya, Aminah Kodir, 70, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja yang dipandu Rosnan dari Kluang menuju ke Mersing hilang kawalan lalu merempuh treler jenis Volvo dari arah bertentangan.
"Bagaimanapun, pemandu lori treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton
#meninggal dunia
#kemalangan
#maut
#hilang
#mangsa
#kereta
#warga emas
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan