awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres

Bernama
Bernama
05/07/2024
14:27 MYT
Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah. - Foto Sinar Harian
MACHANG: Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata dalam kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu, pemandu kereta jenis Perodua Kancil, Abdul Razab Awang Kechik, 88, dan isterinya, Zaiton Ismail, 70, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dari arah Tanah Merah ke Machang hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung bas ekspres yang membawa 29 penumpang," katanya dalam kenyataan hari ini.
katanya, pemandu bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan suami isteri
#warga emas
#kemalangan
#bertembung bas ekspres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan