awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar borong: Peniaga sewa premis kepada warga asing berdepan tindakan

Bernama
Bernama
21/02/2022
14:33 MYT
Pasar borong: Peniaga sewa premis kepada warga asing berdepan tindakan
DBKL memaklumkan pihaknya telah membekukan permohonan lesen baharu bagi premis perniagaan di sekitar pusat bandar utara itu bagi mengawal aktiviti warga asing. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga di Pasar Harian Selayang (PHS) dan Pasar Borong Kuala Lumpur yang menyewakan lesen premis perniagaan mereka kepada warga asing.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata tindakan penguatkuasaan boleh diambil dengan menamatkan serta-merta lesen premis perniagaan mereka dan disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan baharu.
"Saya sendiri dapat beberapa laporan berkaitan penglibatan warga asing yang tidak mempunyai permit kembali berleluasa berniaga di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di PHS.
"Saya sudah meminta Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melihat secara terperinci perkara ini dan tindakan akan dilakukan serta-merta," katanya kepada Bernama.
Jalaluddin berkata demikian bagi mengulas laporan Bernama hari ini mengenai kumpulan warga asing yang kembali aktif menjalankan perniagaan secara haram di sekitar PHS dan Pasar Borong Kuala Lumpur meskipun kawasan itu pernah digempur beberapa kali oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah membekukan permohonan lesen baharu bagi premis perniagaan di sekitar pusat bandar utara itu bagi mengawal aktiviti warga asing yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.
Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan juga dilaksanakan terhadap premis perniagaan yang dijalankan warga asing manakala surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada pemegang lesen yang mengambil pembantu atau pekerja bukan warganegara tanpa permit kerja sah.
Sementara itu, DBKL memaklumkan sebanyak 4,636 notis kompaun dikeluarkan kepada majikan yang menggaji pekerja asing termasuk 1,289 notis kompaun di Pasar Borong Kuala Lumpur dari Jan hingga Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasar Borong Kuala Lumpur
#Pasar Harian Selayang
#jalaluddin alias
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan