NATIONAL
Pasar terapung produk pelancongan baharu di Sepang

Konsep pasar terapung itu antara tiga cadangan projek ekonomi dikemukakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Labu Lanjut. - Gambar hiasan
SEPANG: Pasar terapung bakal diperkenalkan di Kampung Labu Lanjut di sini sebagai produk pelancongan komuniti yang unik untuk pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus berpotensi menjana ekonomi penduduk setempat.
Ringkasan AI
- Kampung Labu Lanjut akan memperkenalkan pasar terapung sebagai produk pelancongan komuniti yang unik, berpotensi menjana ekonomi penduduk setempat.
- Kedudukan kampung yang dekat dengan KLIA Terminal 1 dan 2 memberi kelebihan untuk menjayakan konsep pasar terapung ini.
- Kerajaan MADANI memperuntukkan sehingga RM1 juta bagi setiap kampung yang terlibat dalam program pembangunan akar umbi, termasuk Kampung Labu Lanjut.
Beliau berkata lokasi kampung yang dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 juga memberi kelebihan untuk menjayakan konsep pasar terapung itu.
"Kemungkinan bukan sahaja di Sepang, pada masa akan datang mungkin diperkenalkan (pasar terapung) di sebelah utara Selangor.
"Di Sabak Bernam yang mempunyai sungai di Sekinchan dan sebagainya. Jadi, saya yakin dan percaya dengan usaha ini akan memberi satu impak yang baik dari segi ekonomi setempat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kampung Angkat MADANI: Kampung Labu Lanjut di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Datuk Dr Roslan Hussin.
Terdahulu, Roslan dalam ucapannya berkata pemilihan Kampung Labu Lanjut sebagai Kampung Angkat MADANI Akademi Kenegaraan Malaysia menandakan permulaan kepada satu inisiatif pembangunan akar umbi.
"Kerajaan MADANI memperuntukkan sehingga RM1 juta bagi setiap kampung yang terlibat dalam program ini.
"Ini adalah pelaburan besar yang mencerminkan iltizam kerajaan untuk membina pembangunan yang menyeluruh bukan hanya kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga dari segi sosial, ekonomi dan nilai kemanusiaan," katanya.
Selain konsep pasar terapung, beliau berkata Pasar Malam akan diwujudkan di kampung berkenaan sebagai platform ekonomi mikro dan tapak niaga komuniti.
Kampung Angkat MADANI adalah manifestasi tekad kerajaan untuk memastikan tiada komuniti tertinggal dalam arus pembangunan negara, dengan pendekatan '1 pemimpin 1 kampung'.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami