Harga durian jenis 'Musang King' yang merudum sehingga lebih 50 peratus di pasaran sejak bulan lalu dijangka pulih semula minggu depan apabila terdapat permintaan baharu untuk eksport.
Pengusaha kebun durian berkenaan di daerah ini menyifatkan kejatuhan harga durian jenis itu antara RM20 dan RM30 sekilogram di pasaran tempatan disebabkan permintaan berkurangan berikutan saingan dengan lambakan durian jenis biasa.
Seorang pengusaha, Chong Yok Fon, 50, percaya kejatuhan harga itu bersifat sementara dan dijangka beransur pulih minggu depan apabila buah durian itu memasuki pasaran eksport.
Beliau berkata sebelum ini durian 'Musang King' dieksport ke Singapura, Taiwan, Hong Kong dan China.
"Kejatuhan harga itu sudah biasa berlaku dan apabila harga kembali pulih akan dapat memberi semula keuntungan kepada pengusaha walaupun belum mencapai harga antara RM50 dan RM60 sekilogram," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Beliau berkata kebun durian 'Musang King' yang diusahakannya di kawasan seluas 20 hektar di Kampung Pulai di sini akan mula mengeluarkan hasil minggu depan.
Katanya, 500 pokok durian yang ditanam sejak 20 tahun lepas dijangka mengeluarkan hasil kira-kira 4,000 biji durian pada tahun ini.
"Memang ada sedikit kemerosotan pengeluaran durian jenis ini di kebun saya tahun ini berbanding tahun lepas yang mencapai 10,000 biji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018

Pengusaha percaya kejatuhan harga durian Musang King bersifat sementara dan dijangka beransur pulih minggu depan. - Gambar hiasan

COVID: Satu sekolah di Melaka dan Terengganu ditutup sementara
Penutupan sementara sekolah bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut.

ADGMIN1 tekankan usaha perkukuh keselamatan siber - Saifuddin
Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

Seorang DJ Thailand positif COVID-19, jangkiti lima lagi
DJ dan pelakon itu dipercayai dijangkiti pada 9 Jan lalu ketika hadir pada majlis sambutan hari lahir di Banyan Tree Hotel, Jalan Sathon.

Pelan induk digital lima tahun ASEAN dilancar
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Sembrong
Difahamkan, lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam sungai tersebut semasa operasi membasmi dadah oleh polis, di sekitar kawasan berkenaan.

PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah
Antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah hendaklah mendapatkan cap Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 semasa ketibaan.

ADGMIN1 berakhir dengan penerimaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025
Malaysia diberi penghormatan menyelaras pembangunan ADM 2025 dengan pelan yang menyenaraikan Lapan Matlamat Keberhasilan bagi memudahkan kerjasama serantau dalam pembangunan sektor digital di ASEAN.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

COVID-19 | Perintah berkurung di Wuhan - Satu tahun kemudian
23 Januari 2020, dunia menyaksikan perintah berkurung pertama dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Wuhan, China. Satu tahun kemudian, hampir seluruh dunia telah mengambil pendekatan yang sama, manakala di Wuhan, penduduk kini menikmati kebebasan.

Politik UMNO | Beri alasan yang kukuh sebelum putuskan kerjasama
Aizat Azam yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok berpendapat, walaupun usaha memutuskan kerjasama dengan Bersatu ada asasnya, tetapi ia tidak boleh dibuat tanpa alasan yang kukuh. Jelasnya lagi, persepsi terhadap Umno ketika ini agak negatif, apatah lagi selepas ia dilihat cuba meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dan dianggap gila kuasa.

COVID-19: Rakyat Malaysia 46 tahun antara empat kes dalam komuniti di Singapura
Dia merupakan seorang pemegang pas kerja yang bekerja sebagai jurujual di Toppan Merrill PTe Ltd di Church Street, tetapi tidak bertemu secara langsung dengan pelanggan.

Saringan COVID-19 di KLIA sesak: KKM tambah petugas, peralatan
Dr Adham mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menambah bilangan petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.

PRN Sabah: 3,000 kg ikan bilis dalam bilik tidur, penjual bilis buntu
Jelas Arham, dia terpaksa menyimpan ikan bilis tersebut di dalam bilik berdingin hawa bagi memastikan produk tersebut boleh bertahan lebih lama.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 27 Jun 2020.

Belum buat keputusan dah bocor, PPSMI sebenarnya masih dalam pertimbangan - Tun Mahathir
Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.

Bomoh dalam talian jual produk mistik, kurafat membimbangkan - PMPM
Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) meminta pihak bertanggungjawab membanteras kegiatan bomoh dalam talian yang mengambil kesempatan menjual produk mistik dan kurafat.

Polis tubuh pasukan khas siasat kekecohan program Syed Saddiq
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kes itu akan disiasat secara telus, tegas, berintegriti dan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 21 Januari 2020.

10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 Januari 2020.

10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Januari 2020.