PENGAKHIRAN sesebuah filem atau drama aksi biasanya akan sedikit tergantung jika episod itu mahu dibuat sambungan pada masa akan datang.
Oleh sebab itu kebanyakan filem-filem hebat mempunyai siri kedua, ketiga dan seterusnya selagi penonton tidak muak dengan jalan cerita yang dibawakan pengarah serta penulis skripnya.
Cerita kehebatan filem dan sambungannya ini sama sahaja dengan Perhimpunan Agung UMNO. Watak heronya adalah presiden yang kebiasaannya akan menang pada akhir plot.
Perhimpunan Agung UMNO ke-69 merupakan babak drama satu minggu yang memaparkan pelbagai aksi saspens berbeza setiap hari.
Bagaimanapun, tahun ini jalan ceritanya agak menarik. Ia mengenai kisah seorang pemimpin nombor satu parti yang menerima tekanan daripada beberapa orang kanannya sendiri.
Walau dilihat kerusi Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mungkin dirampas sesiapa kerana ketiadaan Pemilihan UMNO (Selain pemilihan 2016 turut ditangguh selama 18 bulan), serangan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam beberapa isu semasa terutama 1MDB, krisis ekonomi serta dana RM2.6 bilion sebenarnya memberi sedikit kesan dan diakui tetap menggoyang keyakinan sekelompok perwakilan.
Pada saat ini, apa yang paling penting adalah strategi propaganda serta persepsi digunakan kedua belah pihak.
Ditambah lagi dengan statistik terkini ahli UMNO seramai 3,528,704 orang sehingga 9 Disember lepas pasti memberi persoalan berapa peratus sebenarnya sokongan semasa yang ada kepada Najib hari ini.
Walaupun Muhyiddin sebenarnya sudah menerima hukuman pertama apabila digugurkan jawatan timbalan perdana menteri pada 28 Julai lepas, ia bukan bermaksud pemimpin senior dari Johor itu memilih untuk menutup mulut.
Ia boleh diandaikan langkah pertama Muhyiddin untuk terus lantang dan klimaks kisah itu berlangsung pada malam 7 Disember di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, satu hari sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.
Pada malam itu, Muhyiddin meluahkan setiap apa yang terbuku di hati yang mungkin menjadi kandungan yang akan digunakan seandainya diberikan peluang berucap pada Perhimpunan Agung UMNO, bezanya ia berkumandang di hadapan lebih 5,000 penyokongnya di Kampung Baru.
Pada malam itu, Muhyiddin dibantu bintang lama politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad selain menampilkan kelibat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pelakon tambahan.
Sambungannya lebih menarik selepas desas-desus serta desakan perwakilan yang mahu Najib dan Muhyiddin berpelukan pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO hanya dipandang sepi dan tidak diendah.
Malahan, ia semakin tegang apabila Muhyiddin sendiri menegaskan tidak akan meminta maaf kepada Najib atas alasan perselisihan faham antara mereka bukan menyentuh soal peribadi tetapi semata-mata atas dasar prinsip.
Muhyiddin juga dilihat tidak berganjak dengan alasan apa yang disentuhnya selama ini merupakan soal kepimpinan serta prinsip.
Kenyataan yang keluar semasa sidang media tergempar selepas kemunculan risalah 28 halaman bertajuk 'Aku Bukan Petualang' yang memaparkan wajahnya di hadapan risalah berkenaan pada pagi hari terakhir perhimpunan itu menguatkan lagi tunjang 'tentangan' terbuka Muhyiddin kepada Najib.
Ia menjadi semakin panas apabila dimainkan babak imbas kembali malam sebelum hari penggulungan Perhimpunan Agung UMNO.
Tanpa berselindung, anak kelima Perdana Menteri keempat, Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin dan Shafie dengan alasan keputusan Presiden UMNO menafikan hak Timbalan dan Naib Presiden berucap pada Perhimpunan Agung UMNO merupakan kesilapan besar yang boleh mengugat parti.
“Kita selalu kata parti ini inkslusif di mana kita mengamalkan bebebasan bersuara walaupun berbeza pendapat.
“Perbezaan dan kepelbagaian pendapat sangat penting supaya kita boleh menjaga rakyat.
“Keputusan tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti,” katanya semasa dipetik sebuah portal.
Babak akhir Perhimpunan Agung UMNO merupakan ucapan penggulungan Najib yang menekankan isu kesetiaan serta tertib menegur di dalam parti yang secara sinis ditujukan kepada Muhyiddin.
Najib pada akhir bicara menonjolkan dirinya sebagai individu berjiwa besar serta ikon pemimpin parti dan berdiri di hadapan majoriti gerombolan perwakilan untuk akur dengan suara akar umbi yang memintanya bersalaman dengan Muhyiddin.
"Saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar untuk membuka pintu silaturahim kepada semua supaya kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan UMNO.
"Namun dengan tegas saya mahu menyatakan jika seandainya mana-mana pihak masih lagi tetap menolak dan mahukan pertelagahan...ini bukan lagi soal peribadi.
"Mereka bukan menentang saya sebagai Najib Razak Presiden parti, bahkan ternyata mereka tolak untuk mencari titik perdamaian dan menolak keputusan syura parti dan jamaah UMNO ini," katanya semasa ucapan penggulungan sekali gus disambut tepukan gemuruh dari segenap pelosok Dewan Merdeka.
Namun, berbezaan nada Najib semasa sidang media selepas ucapan penggulungannya membuktikan pengarah filem ini masih menyimpan beberapa babak yang akan disiarkan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Najib dalam nada penjelasan memberitahu tindakannya di hadapan 2,762 perwakilan dari 191 bahagian parti dari seluruh negara itu bukan atas kemahuan peribadinya.
"Itu kena tanya dialah. Ini bukan saya nak. Ini kehendak perhimpunan agung, kuasa badan tertinggi dalam Perlembagaan parti.
"U tengoklah tadi, bukan saya secara peribadi. bukan saya sebagai Presiden UMNO. Perhimpunan agung yang membuat ketetapan," jelasnya.
Rakyat jelas melihat detik Najib dan Muhyiddin bersalaman usai ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, walaupun tidak berpelukan, menjadi persoalan adakah ikatan silaturahim dua pemimpin ini akan lebih erat atau situasi bakal menjadi lebih berselirat.
Sesungguhnya cerita ini masih belum selesai lagi selain penuh dengan tanda tanya.
Ia akan disambung dalam babak-babak saspens drama bersiri parti yang akan disaksikan seluruh rakyat negara ini.
Klimaks drama UMNO bahagian 69 ini masih tergantung. Tiada siapa tahu adakah sedikit masa lagi ia tamat atau ada karier politik pemimpin bakal tidak selamat dalam 'telemovie' UMNO yang akan datang.
Wan Syamsul Amly
Sun Dec 13 2015
Pasca Perhimpunan Agung UMNO : Drama parti yang tak sudah... - Gambar fail
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Tengku Zafrul mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan.
MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.
"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Beliau juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa.
Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Perkara itu dicapai oleh ketiga-tiga pemimpin negarayang mahu sebuah resolusi keamanan dicapai bagi memastikan kekejaman yang menimpa rakyat Palestin ketika ini dapat dihentikan.
Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin
PDRM harus mempertingkatkan lagi penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan.
Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin
Begitupun, Muhyiddin berkata, semua ahli harus menerima hakikat bahawa itulah norma baharu yang perlu diamalkan dalam usaha negara melawan dan membendung pandemik COVID-19.
Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.