awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion

Bernama
Bernama
13/12/2024
09:01 MYT
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX. -Gambar fail
NEW YORK: Elon Musk menjadi individu pertama dengan anggaran kekayaan melebihi AS$400 bilion, lapor Agensi Berita Jerman dpa yang memetik Forbes dan Bloomberg.

Ringkasan AI
  • Elon Musk menjadi individu pertama dengan anggaran kekayaan melebihi AS$400 bilion, dengan kekayaan utamanya berasal dari saham Tesla dan SpaceX.
  • Forbes menganggarkan kekayaannya sebanyak AS$431.2 bilion, manakala Bloomberg menganggarkannya sekitar AS$447 bilion.
  • Kenaikan harga saham Tesla sejak pilihan raya presiden AS awal November lalu menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kekayaan Musk.
  • Selain Tesla dan SpaceX, Musk juga memiliki syarikat lain seperti platform dalam talian X, pembangun kecerdasan buatan xAI, dan Neuralink yang sedang membangunkan teknologi implan otak.

Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Musk sebanyak AS$431.2 bilion pada Khamis, manakala firma perkhidmatan kewangan Bloomberg menganggarkan nilainya sekitar AS$447 bilion.
Sejak pilihan raya presiden AS awal November lalu, kenaikan harga saham Tesla menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kekayaan lelaki berusia 53 tahun itu.
Para pelabur berpendapat bahawa Tesla akan mendapat manfaat daripada hubungan rapat Musk dengan Presiden Terpilih AS, Donald Trump.
Musk menyokong Trump dengan sumbangan berjuta-juta dolar sepanjang kempen pilihan raya dan dijangka memainkan peranan dalam kerajaan Trump bagi menerajui inisiatif penjimatan.
Selain Tesla dan SpaceX, Musk juga memiliki syarikat lain seperti platform dalam talian X, pembangun kecerdasan buatan (AI) xAI, serta Neuralink, yang kini dalam proses membangunkan teknologi implan otak.
Di tangga kedua senarai individu terkaya ialah pengasas Amazon, Jeff Bezos dengan anggaran kekayaan melebihi AS$240 bilion.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#anggaran kekayaan
#AS 400 bilion
#Jeff Bezos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan