awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2024
08:57 MYT
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Representasi berkenaan akan difailkan kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini selepas meneliti dokumen-dokumen yang diperolehi daripada pihak pendakwaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pucuk pistol tiruan yang dihadapinya.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff, 31, berkata representasi berkenaan akan difailkan kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini selepas meneliti dokumen-dokumen yang diperolehi daripada pihak pendakwaan.
"Bagi kedua-dua kes ini (dadah dan senjata tiruan), kita mohon untuk menggugurkan dan tidak diteruskan langsung iaitu lepas dan bebas, bukannya lepas tanpa bebas,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, dalam prosiding di hadapan Majistret M S Arunjothy, mahkamah itu membenarkan permohonan pendakwaan untuk kes Muhammed Yusoff yang dituduh memiliki dua pucuk pistol tiruan, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, di Mahkamah Tinggi di sini, Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan 7 Januari tahun depan untuk pengurusan kes dadah berkenaan.
Pada 9 Oktober lalu, Muhammed Yusoff mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas satu pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pukul 9.25 pagi pada 6 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Pada 5 Disember lalu, Muhammed Yusoff mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, selepas kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Muhammed Yusoff didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pukul 10.15 pagi pada 6 September lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan
Topic Berkaitan
#Yusoff Rawther
#mengedar dadah
#pistol tiruan
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan