KUALA LUMPUR: Suhu politik di Malaysia dijangka tidak akan menurun dengan mudah, pasca Pilihan Raya Negeri.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin berkata, ini berdasarkan ucapan yang diberikan oleh beberapa pemimpin tertinggi gabungan, sekali gus memberi bayangan ketidakfahaman mereka terhadap sistem demokrasi.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, rakyat sudah bersuara dan sekarang masa untuk bergerak ke hadapan.
"Satu lagi ucapan seorang pemimpin, beliau kata ini referendum, maka Anwar dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus letak jawatan.
"Seorang lagi pemimpin kata, kita akan teruskan usaha ke Putrajaya.
"Maknanya kepimpinan tertinggi politik tidak memahami apa itu demokrasi. Demokrasi bermakna kita ada pilihan raya, selepas pilihan raya habis, masa untuk bekerja.
"Ini baru dipilih, terus cerita tentang nak jatuhkan kerajaan. Cukup-cukuplah. Negara kita ada banyak masalah, adakah kita mahu terus bergaduh, berpolitik sepanjang zaman?" katanya ketika menjadi tetamu program Agenda AWANI, pada Ahad.
Turut serta, Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed Rahim.
Sementara itu, Amer pula berpendapat, suhu politik tidak akan menurun dengan beberapa pilihan raya kecil yang akan berlangsung selepas ini, dan pihak yang tidak berpuas hati akan terus memastikan ia sentiasa panas.
Bagaimanapun, bergerak ke hadapan, beliau berharap semua parti berlaku jujur pada diri sendiri dalam menjalankan post mortem supaya pengajaran daripada situasi dapat dipelajari.
"Memang polarisasi kuat, maka politik identiti juga faktor penting (dalam PRN) tetapi apabila bercakap dengan mereka di lapangan, ini selalunya isu kedua atau ketiga.
"Isu utama ialah isu ekonomi. Isu ini kompleks kerana permasalahan ekonomi berbeza bagi kelompok berbeza, jadi ia perlu diperhalusi.
"Para pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum, terbawa residuel effect dalam pilihan raya seterusnya, jadi penting kepimpinan politik muhasabah diri, lihat semua isu dengan jelas dan telus, seterusnya berusaha untuk memperbaikinya," ujarnya.
Madiha Abdullah
Mon Aug 14 2023
Penganalisis berkata, suhu politik tidak akan menurun dengan beberapa PRK yang akan berlangsung selepas ini dan pihak yang tidak berpuas hati akan terus memastikan ia sentiasa panas. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.
AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.
PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Berdasarkan data SPR seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.
Tok Mat seru sayap Wanita, Pemuda, Puteri UMNO pertahankan parti daripada 'politik toksik'
Tok Mat berkata media sosial telah menjadi arena kepada revolusi yang mengetengahkan politik toksik, kebencian dan nista tersebut.
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.